Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Empat gerai jualan musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Empat gerai jualan musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 months ago

SEJINGKAT: Empat gerai jualan musnah dijilat api dalam kebakaran di Pasar Tani, Jalan Demak Laut Sejingkat di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.32 pagi.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan kekuatan seramai lapan orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.

”Kebakaran melibatkan empat gerai jenis struktur tidak kekal yang telah terbakar 100 peratus.

”Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Katanya, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa dan operasi ditamatkan sepenuhnya setelah pasukan keluaran operasi memastikan keadaan kembali selamat.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: 10,000 ekor ayam rentung dalam kebakaran sebuah ladang ternakan
Next: Kilang papan musnah terbakar, berlaku letupan disebabkan gas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.