Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat ditangkap terlibat kesalahan penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Empat ditangkap terlibat kesalahan penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 4 hours ago
EMPAT DITANGKAP… Empat suspek ditangkap kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah di Lawas.

LAWAS: Tiga lelaki tempatan ditangkap di sebuah bilik sewa di bandar Lawas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ketiga-tiga lelaki berusia 37, 35 dan 28 tahun, yang bekerja sebagai buruh, disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan polis tidak menemui sebarang barang salah atau dadah. Bagaimanapun, ujian air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Amphetamine (Amp) dan Methamphetamine (Meth).

Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai antara satu hingga tiga kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952).

Sementara itu, pada Selasa lalu, di tempat letak kereta di bandar Lawas, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun, juga bekerja sebagai buruh, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pemeriksaan tidak menemui sebarang barang salah atau dadah. Ujian air kencing mendapati suspek positif Amp dan Meth, namun semakan rekod lampau menunjukkan tiada kesalahan sebelumnya. Kes juga disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua individu ditahan termasuk wanita warga emas terlibat keldai akaun
Next: Kes dadah di Selangau: Seorang didakwa, seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.