Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat ditahan dalam kes dadah, ugutan jenayah di Lawas
  • JENAYAH

Empat ditahan dalam kes dadah, ugutan jenayah di Lawas

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUSPEK kes kesalahan dadah di Lawas.

LAWAS: Polis menahan tiga lelaki tempatan dalam dua operasi berasingan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, selain menahan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata dua lelaki tempatan masing-masing berusia 59 dan 52 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan di tepi Jalan Trusan, Lawas, petang semalam.

“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine & Methamphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai satu rekod kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada pagi 29 April lalu, sepasukan polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang bekerja sebagai mekanik di tepi Jalan Punang, Lawas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Katanya, pemeriksaan badan tidak menemukan sebarang barang salah atau dadah.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine & Methamphetamine. Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Sementara itu, pada 30 April 2026 kira-kira 12.05 tengah hari, polis menerima satu laporan berhubung kes ugutan jenayah yang dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun.

DADAH DAN UGUTAN…suspek kes kesalahan dadah dan ugutan di Lawas.

Menurut laporan, kejadian berlaku pada 26 April 2026 kira-kira jam 9.00 pagi di rumah mereka di Jalan Trusan, Lawas.

Pengadu mendakwa menerima ugutan jenayah daripada adik kandungnya sehingga menimbulkan ancaman terhadap keselamatannya.

Siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai selepas pengadu menegur suspek supaya sentiasa menjaga emosi ketika bersama keluarga.

Bertindak atas laporan berkenaan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang bekerja di sektor swasta bagi membantu siasatan.

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah. Kes disiasat mengikut seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 17 warga asing ditahan dalam operasi awal pagi di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.