Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat Cef Sarawak bawa rasa Borneo ke Khadhya Khurak 2025 di India
  • TEMPATAN

Empat Cef Sarawak bawa rasa Borneo ke Khadhya Khurak 2025 di India

Utusan Sarawak 16 hours ago
Dato Wee Hong Seng menyerahkan bendera Sarawak kepada Cef Julian Lai selaku ketua delegasi sebagai simbol kepercayaan, kebanggaan serta tanggungjawab membawa nama Sarawak ke pentas antarabangsa.

KUCHING: Empat cef Sarawak bakal mewakili Kuching dan negeri ini ke Pameran Makanan Khadhya Khurak ke-22 bagi 2025 yang berlangsung mulai hari ini hingga Khamis di Gandhinagar, Gujarat, India.

Khadhya Khurak merupakan antara pameran makanan terbesar di India, dengan Pertandingan Cef Hebat sebagai acara kemuncak yang disiarkan secara langsung dan televisyen ke seluruh negara itu.

Delegasi Sarawak diketuai oleh Chef Julian Lai Leonard Henry dari Restoran Little Hainan yang akan menerima Anugerah Raja Chef, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan dan kepimpinan dalam bidang kulinari. Beliau turut dijemput sebagai juri Pertandingan Cef Hebat.

Turut serta sebagai peserta ialah Cef Robbie Richard Balcarek dari Little Fairy Cafe, Cef Iana Akam dari Fairy Tavern, dan Cef Annie Wee dari Annie Kolo Mee. 

Ketiga-tiga mereka dipilih sebagai Peserta Bintang bagi Pertandingan Cef Hebat 2025 Musim Kelima dalam kategori masakan tanpa api, yang akan disiarkan secara langsung ke seluruh India.

Majlis pelepasan delegasi disaksikan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama Ahli Majlis Isaac Lee, Wilfred Mujah, Thomas Sim dan Andy Tan, menzahirkan sokongan padu MBKS terhadap bakat kulinari Sarawak.

Pada majlis itu, Dato Wee menyerahkan bendera Sarawak kepada Cef Julian Lai selaku ketua delegasi sebagai simbol kepercayaan, kebanggaan serta tanggungjawab membawa nama Sarawak ke pentas antarabangsa.

“Para cef ini bukan sekadar bertanding, sebaliknya membawa cerita Sarawak melalui makanan. Setiap hidangan mencerminkan hasil bumi, budaya dan identiti negeri ini,” katanya melalui sebuah kenyataan media semalam. 

Sepanjang pertandingan, para cef akan mengetengahkan bahan tempatan Sarawak dan Borneo seperti dabai, bunga kantan, rambutan, tepus, bambangan, bunga durian, bunga roselle dan avokado Sabah, bagi memperkenalkan keunikan rasa tempatan kepada khalayak antarabangsa.

Dato Wee berkata, penyertaan mereka juga menyokong kedudukan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO, selain mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan makanan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Persatuan Kulinari Bersatu Malaysia Sarawak (MBCSA) atas peranan aktif dalam membangunkan komuniti kulinari negeri.

Mengakhiri ucapannya, Dato Wee menyatakan keyakinan penuh terhadap kebolehan dan kreativiti para cef Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perarakan Krismas Lubok Antu 2025 himpun 2,000 peserta
Next: Inisiatif ilmu berasaskan komuniti perkukuh perpaduan rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.