Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat cedera, puluhan rumah rosak akibat gempa bumi di Sulawesi Tengah, Indonesia
  • GLOBAL

Empat cedera, puluhan rumah rosak akibat gempa bumi di Sulawesi Tengah, Indonesia

Utusan Sarawak 1 day ago
ANTARA rumah yang rosak disebabkan gempa bumi. Foto BPBD Poso

JAKARTA: Gempa bumi berukuran magnitud 5.7 melanda wilayah Sulawesi Tengah di Indonesia petang semalam, mencederakan empat orang dan menjejaskan 2,011 individu daripada 609 keluarga, menurut Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB).

Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata gempa itu melanda kawasan pedalaman daerah Poso dan merosakkan 35 rumah-14 daripadanya mengalami kerosakan teruk selain sebuah kemudahan pendidikan dan rumah ibadat.

“Bacaan awal oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) merekodkan gempa pada magnitud 6.0, tetapi ia kemudiannya disemak semula kepada 5.7,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gegaran turut dirasai di beberapa daerah termasuk Pamona Tenggara, Pamona Selatan, Pamona Barat, Pamona Puselemba dan Pamona Timur, menyebabkan ramai penduduk kekal berada di luar rumah semalaman kerana bimbang berlaku gempa susulan.

“Gempa itu turut mencetuskan panik di beberapa kawasan termasuk Hospital Daerah Poso dan Hospital Sinar Kasih di Tentena, yang menyaksikan pesakit dan ahli keluarga mereka dipindahkan buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga,” tambah Abdul Muhari.

Sejak gempa awal berlaku, sebanyak 11 gempa susulan direkodkan, dengan yang terkuat berukuran magnitud 5.5. BNPB terus memantau situasi dan menggesa penduduk agar kekal berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sembilan maut, 16 cedera dalam kemalangan bas di Tengah Vietnam
Next: Indonesia giat tangani kebakaran hutan meluas di Sumatera dan Kalimantan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.