
Empat cedera dalam letupan gas, kebakaran di Utrecht, Belanda
AMSTERDAM, Belanda: Empat cedera dalam insiden yang disyaki letupan gas dan kebakaran di bandar Utrecht, menurut pihak berkuasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Perkhidmatan kecemasan dan anjing pengesan mencari mangsa di kawasan itu, namun tiada individu atau kematian ditemukan.
Letupan kuat tengah hari semalam mengejutkan penduduk sebelum kebakaran berlaku di bangunan pangsapuri dua tingkat di pusat bersejarah bandar itu.
Menurut pihak berkuasa, penduduk pangsapuri berkenaan tiada di rumah ketika letupan berlaku.
Kawasan terlibat rosak teruk dan beberapa bangunan berdekatan berisiko runtuh. Beberapa penduduk tidak dapat pulang ke rumah mereka semalaman dan ditempatkan di sebuah hotel.
-Bernama