Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat cedera, 4WD terbabas di Kampung Penan Muslim
  • KEMALANGAN

Empat cedera, 4WD terbabas di Kampung Penan Muslim

Utusan Sarawak 20 hours ago
ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang masih berada dalam kenderaan selepas kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo, Bintulu-Miri hari ini. Foto JBPM

BINTULU: Empat individu cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) terbabas di bahu jalan di Kampung Penan Muslim Batu 10, Lebuh Raya Pan Borneo, Bintulu-Miri di sini, pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.03 pagi dan segera mengerahkan sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati insiden tersebut membabitkan kemalangan kendiri sebuah Toyota Hilux yang dinaiki empat individu.

“Dua mangsa mengalami kecederaan parah manakala dua lagi cedera ringan,” katanya.

Anggota bomba seterusnya mengeluarkan mangsa yang cedera parah sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Dua lagi mangsa telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera, tersepit selepas kenderaan terbabas dan langgar pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.