Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat buruh ditahan dalam tiga operasi dadah di Lawas
  • JENAYAH

Empat buruh ditahan dalam tiga operasi dadah di Lawas

Utusan Sarawak 6 hours ago
EMPAT individu yang ditangkap atas kesalahan dadah di Lawas.

LAWAS: Polis menahan empat individu dalam tiga operasi berasingan di daerah ini selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine menerusi ujian saringan air kencing.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, dalam tangkapan terbaharu petang semalam seorang lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan, masing-masing berusia 38 tahun serta bekerja sebagai buruh, ditahan di tepi Jalan Lawas-Damit kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek tidak menemukan sebarang dadah atau barang menyalahi undang-undang.

“Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Semakan rekod mendapati mereka tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam operasi berasingan pada petang Isnin lalu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh di tempat letak kereta di bandar Lawas kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Menurut Liong, pemeriksaan terhadap suspek tidak menemukan sebarang dadah atau barang menyalahi undang-undang, namun ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu, pada petang 2 Julai lalu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang bekerja sebagai buruh di tepi jalan di bandar Lawas atas kesalahan sama.

Katanya, pemeriksaan terhadap suspek tidak menemukan sebarang dadah atau barang menyalahi undang-undang, namun ujian saringan air kencing mengesahkan lelaki itu positif methamphetamine dan amphetamine.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Mangsa rugi RM2,250 dipercayai ditipu dalam urus niaga anak ayam
Next: Sindiket libatkan warga asing: SPRM reman 33 individu termasuk 10 pegawai penguat kuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.