Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat blok asrama baharu untuk SMK Tebakang
  • TEMPATAN

Empat blok asrama baharu untuk SMK Tebakang

Utusan Sarawak 5 years ago
MOHD Shahar Abdullah ibentangkan mengenai pelan pembinaan asrama di SMK Tebakang oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak disertai Pengarah Pendidikan, Abang Mat Ali Abang Masagus (dua kiri) dan Pengetua SMK Tebakang, Charles Kored (kiri).

TEBAKANG: Pembinaan bagi asrama baharu yang melibatkan empat blok di SMK Tebakang akan bermula tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kewangan ll, Mohd Shahar Abdullah berkata asrama yang boleh menempatkan 200 pelajar itu merupakan salah satu sekolah di bawah program peruntukan RM 1 bilion bagi pembangunan sekolah daif.

“Secara khususnya, penambahbaikan sekolah daif melibatkan dua perkara iaitu keseluruhan sekolah atau sebahagian sekolah.

“SMK Tebakang pula hanya melibatkan asrama dan Jabatan Kerja Raya Sarawak telah membuat perancangan teliti dengan membina blok-blok asrama baharu yang akan meningkatkan kapasiti asrama daripada 150 pelajar kepada 200 pelajar.

“Kos pembinaan melibatkan harga siling sebanyak lebih RM3 juta dan pelaksanaan ini akan dilakukan selama lapan bulan. Tender serta pelantikkan kontraktor akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas melawat sekolah itu di sini semalam.

Beliau berkata pelaksanaan projek itu diharap dapat mengikut jadual kerja yang dirancang agar dapat memberi impak positif kepada pelajar di sekolah yang menggunakan asrama.

Mengulas mengenai status sekolah daif disenaraikan dalam program peruntukan yang sama, beliau berkata kesemua projek akan bermula pada Disember tahun ini dan dijangka siap tahun hadapan (2021).

“Secara keseluruhan kita melihat projek ini mematuhi perancangan awal, jika ia lebih jauh daripada yang dijadualkan, kita akan menghantar pasukan untuk melihat pelaksanaan semula.

“Namun, dari segi pemerhatian, semuanya berjalan lancar dan kita mohon agar perkara yang melibatkan urusan kerajaan negeri dipercepatkan.

“Projek ini sudah tentu mempunyai rangka masa namun disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan (PKP), ada kelewatan sedikit, tetapi selepas ini saya memberi keyakinan prosesnya akan dipercepatkan,” tegasnya.

Katanya, perkara utama bagi Kementerian Kewangan adalah bukan nilai bangunan tetapi impaknya apabila siap nanti kepada pelajar dan komuniti setempat.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Operasi SAR mangsa baham buaya ditamatkan
Next: Projek Rakyat giat dilaksanakan di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.