Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat batang paip HDPE dicuri di kawasan Bekenu–Tiris
  • Utara
  • WILAYAH

Empat batang paip HDPE dicuri di kawasan Bekenu–Tiris

Utusan Sarawak 8 hours ago
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB… Keadaan batang paip HDPE yang digunakan bagi projek bekalan air bersih di kawasan Bekenu–Tiris yang dilaporkan telah dipotong kepada tiga bahagian dan dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

BEKENU: Empat batang paip HDPE bersaiz 355 milimeter, masing-masing sepanjang 12 meter dan digunakan untuk projek bekalan air bersih di kawasan Bekenu–Tiris, dilaporkan telah dipotong kepada tiga bahagian dan dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut maklumat dari Facebook Niah Community hari ini, paip berkenaan sebelum ini diletakkan berhampiran simpang masuk Kampung Tunah bagi tujuan kerja pemasangan projek berkenaan.

Namun, hasil pemeriksaan mendapati kesemua paip tersebut telah hilang selepas dipotong, sekali gus menimbulkan kerugian serta berpotensi menjejaskan kelancaran pelaksanaan projek bekalan air bersih di kawasan berkenaan.

Pihak berkaitan memandang serius kejadian ini dan memohon kerjasama orang awam yang mungkin melihat sebarang aktiviti mencurigakan atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.

Orang ramai diminta untuk segera menghubungi pihak berkenaan sekiranya mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu.

Segala kerjasama dan bantuan daripada masyarakat setempat amat dihargai demi memastikan projek kemudahan awam ini dapat diteruskan seperti yang dirancang, tegasnya lagi.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang salur bantuan katil untuk warga emas
Next: Ular sawa ceroboh stor kilang berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.