Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat angkasawan tiga negara selamat kembali ke Bumi
  • GLOBAL

Empat angkasawan tiga negara selamat kembali ke Bumi

Utusan Sarawak 20 hours ago
ANGKASAWAN….Peskov; angkasawan NASA, Nichole Ayers dan Anne McClain; serta angkasawan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA), Takuya Onishi, berada di dalam kapal angkasa SpaceX Dragon Endurance di atas kapal penyelamat SpaceX, Shannon, sejurus selepas mendarat di Lautan Pasifik, berhampiran pantai San Diego, California, AS. Foto AFP

WASHINGTON: Empat angkasawan dari tiga negara selamat kembali ke Bumi semalam dengan menaiki kapsul SpaceX, selepas hampir lima bulan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pesawat membawa dua angkasawan Amerika Syarikat (AS), Anne McClain dan Nichole Ayers; seorang angkasawan Jepun, Takuya Onishi serta seorang lagi angkasawan dari Russia, Kirill Peskov, mendarat di perairan pantai California pada jam 8.44 pagi waktu tempatan.

Kepulangan mereka menandakan tamatnya misi giliran kru ke-10 ke ISS di bawah Program Kru Komersial NASA, diwujudkan bagi menggantikan era ‘Space Shuttle’ itu kapal angkasa ulang-alik dengan kerjasama sektor swasta.

Kapsul Dragon milik syarikat SpaceX yang diasaskan oleh hartawan Elon Musk, terpisah daripada ISS pada jam 10.15 malam kelmarin.

KAPAL angkasa SpaceX Crew Dragon Endurance ketika mendarat dengan membawa angkasawan NASA, Anne McClain dan Nichole Ayers, angkasawan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA), Takuya Onishi, serta angkasawan Roscosmos, Kirill Peskov di Lautan Pasifik, berhampiran pantai San Diego, California, AS. Foto AFP

Menurut NASA, kapsul berkenaan akan memanas sehingga 1,925 darjah Celsius ketika memasuki semula atmosfera Bumi.

Proses kemasukan semula ke atmosfera diikuti dengan pembukaan payung terjun gergasi ketika kapsul semakin hampir ke permukaan, memperlahankan kelajuan daripada 28,100 kilometer sejam (km/j) kepada hanya 25.7 km/j.

Kru berkenaan kini akan berlepas ke Houston untuk bertemu semula dengan keluarga masing-masing.

Sepanjang berada di ISS, mereka menjalankan pelbagai eksperimen saintifik termasuk kajian tumbesaran tumbuhan, tindak balas sel terhadap graviti serta kesan mikrograviti terhadap mata manusia.

Pelancaran Crew-10 pada Mac lalu membolehkan dua angkasawan AS pulang ke Bumi selepas terkandas di ISS selama sembilan bulan.

Ketika dilancarkan pada Jun 2024, Butch Wilmore dan Suni Williams hanya dijadualkan berada di angkasa selama lapan hari bagi menguji penerbangan berawak pertama Boeing Starliner.

Namun, masalah pada sistem tujahan menjadi punca kapal angkasa itu dianggap tidak selamat untuk perjalanan pulang, memaksa mereka kekal di angkasa tanpa tarikh pulang yang pasti.

-AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Texas kenal pasti 119 mangsa banjir kilat 4 Julai
Next: Gunung Berapi Shinmoedake di Jepun meletus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.