Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat agenda utama dibincang, fokus peningkatan kemudahan
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat agenda utama dibincang, fokus peningkatan kemudahan

Utusan Sarawak 8 hours ago
UNTUK ALBUM…..Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama Ahli Lembaga Pengurusan Dewan Suarah Sarikei. 

SARIKEI: Mesyuarat Ahli Lembaga Pengurusan Dewan Suarah Sarikei bagi 2024 hingga 2026 telah diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, baru-baru ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan Dewan Suarah Sarikei, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, mesyuarat ini merupakan salah satu daripada dua mesyuarat tahunan wajib yang dijalankan bagi memastikan pengurusan Dewan Suarah Sarikei terus mantap dan berkesan.

“Mesyuarat ini menjadi platform utama untuk berkongsi maklumat, menyemak kemajuan semasa, serta merancang hala tuju pengurusan dewan untuk tempoh akan datang,” katanya ketika berucap pada mesyuarat berkenaan.

Menurut beliau, mesyuarat kali ini merangkumi empat agenda utama, termasuk taklimat mengenai terma rujukan lantikan ahli lembaga bagi memastikan setiap ahli memahami tanggungjawab dan bidang kuasa masing-masing.

Agenda lain termasuk pembentangan laporan kewangan, tempahan dan aktiviti yang telah dijalankan di Dewan Suarah yang memberi gambaran menyeluruh tentang tahap operasi dan penggunaan fasiliti dewan.

“Turut dibentangkan ialah laporan terkini kerja-kerja naik taraf Dewan Suarah Sarikei bagi 2024/2025 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei termasuk status semasa projek-projek yang sedang atau telah dilaksanakan.

“Agenda keempat pula membabitkan cadangan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan bagi tempoh akan datang yang memerlukan perhatian serta pertimbangan semua ahli lembaga,” ujarnya.

Datoʼ Sri Huang, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama erat serta pandangan membina dalam kalangan ahli lembaga akan meningkatkan mutu pengurusan dan memastikan kemudahan sentiasa dalam keadaan terbaik untuk kegunaan masyarakat.

Turut hadir ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Morshidi Fredrick serta wakil MYSED Sarikei, Johnny Patrick Ugak.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 21 peserta tamat Latihan Kraftangan Sugu Tinggi
Next: Jalan ke Rumah Gendang siap diturap sepenuhnya, kos cecah RM400,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.