Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Empangan Murum, Bakun dan Padawan dipilih untuk kajian projek solar – Abang Johari
  • SEMASA

Empangan Murum, Bakun dan Padawan dipilih untuk kajian projek solar – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 days ago
ABANG Johari ketika berucap pada International Forum on Pumped Storage Hydropower 2025 di Paris, Perancis, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak menyasarkan untuk memperkasa kapasiti solar negeri ini melalui pemasangan sistem solar terapung dan di tanah sebagai sebahagian daripada usaha memajukan pembangunan tenaga boleh diperbaharui.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata tiga lokasi iaitu Empangan Murum, Bakun dan Padawan telah dikenal pasti untuk kajian kebolehlaksanaan bagi menilai kesesuaian tapak tersebut untuk projek tenaga solar.

“Kajian ini dijangka siap menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam ucaptama pada International Forum on Pumped Storage Hydropower 2025 di Paris, Perancis, hari ini.

Teks ucaptama beliau diedar kepada media di sini.

Abang Johari berkata Sarawak juga sedang menjalankan kajian mengenai pembangunan hidro aliran sungai bertingkat (cascading run-of-river hydro) di beberapa kawasa lembangan sungai di negeri ini.

“Penilaian awal telah mengenal pasti beberapa tapak dengan potensi penjanaan hidro sehingga 3 gigawatt, menandakan peluang baharu untuk memanfaatkan sumber semula jadi negeri secara lestari dan bersepadu,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata tenaga hidro kekal sebagai tunjang dalam campuran penjanaan tenaga Sarawak, menyediakan kestabilan yang membolehkan integrasi sumber tenaga boleh diperbaharui lain seperti solar terapung, serta pembangunan solusi tenaga hijau baru termasuk hidrogen dan biojisim.

“Ladang solar terapung 50MW di Batang Ai Hydroelectric Plant dan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri 60MW Sejingkat adalah contoh perintis penyelesaian tenaga hibrid dan bersepadu.

“Projek-projek ini bukan sahaja meningkatkan kestabilan grid tetapi juga menunjukkan kebolehlaksanaan gabungan teknologi hidro dan solar,” tambah beliau.

-BERNAMA

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ancaman keselamatan di LNG Bintulu, polis siasat motif sebenar – Mancha
Next: Dewan Negara lulus RUU Pekerja Gig 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.