Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empangan di Myanmar berisiko runtuh selepas gempa bumi kuat
  • GLOBAL

Empangan di Myanmar berisiko runtuh selepas gempa bumi kuat

Utusan Sarawak 2 months ago

Sebuah jalan rosak selepas gempa bumi di Nay Pyi Taw, Myanmar. Foto Xinhua

BANGKOK: Palang Merah di Myanmar melaporkan kerosakan teruk susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Jumaat, menurut agensi berita Jerman (dpa).  

Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) telah berhubung dengan kakitangan di wilayah terjejas, kata pengurus program IFRC di lokasi, Marie Manrique.  

Terdapat kebimbangan besar bahawa empangan di Sungai Irrawaddy mungkin mengalami kerosakan dan berisiko pecah.  

Menurut Manrique, seramai 18.5 juta orang tinggal di kawasan terjejas berhampiran bandar Sagaing, di mana dua gempa bumi – masing-masing dianggarkan dengan magnitud 7.7 dan 6.4 – direkodkan pada Jumaat.  

Ramai daripada mereka kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.  

Menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kira-kira 1.6 juta daripada 3.5 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Myanmar tinggal di wilayah terjejas gempa.

“Kami sangat bimbang tentang kemungkinan akibat kemanusiaan,” kata Manrique. “Kami menjangkakan ramai yang cedera.”  

— BERNAMA-dpa  

Continue Reading

Previous: Raja Charles tampil ceria selepas rawatan kanser di hospital
Next: Singapura sedia bantu operasi SAR gempa bumi Myanmar – MFA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.