Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Emily Renya dinobat Ratu Festival Sarikei 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Emily Renya dinobat Ratu Festival Sarikei 2025

Utusan Sarawak 17 hours ago
TAHNIAH…Emily Renya Lenggang dari Sri Aman dinobatkan sebagai Ratu Festival Sarikei 2025. Tempat kedua disandang oleh Jatitup Nyambar dari Kanowit, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rosiah Arbi dari Meradong.
  Foto UKAS

SARIKEI: Emily Renya Lenggang dari Sri Aman dinobatkan sebagai Ratu Festival Sarikei 2025 dalam satu majlis penuh gilang-gemilang yang berlangsung di Pentas Utama Sarikei Festival, bertempat di tempat letak kereta Dewan Suarah Sarikei, semalam.

Tempat kedua disandang oleh Jatitup Nyambar dari Kanowit, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rosiah Arbi dari Meradong.

Ketiga-tiga pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 untuk juara, RM1,500 untuk naib juara dan RM1,000 bagi tempat ketiga selain mahkota, piala, selempang dan jambangan bunga sebagai simbol kemenangan.

Hadiah disampaikan oleh isteri kepada Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh, iaitu Datin Asiah Awai.

Pertandingan ratu cantik yang mengetengahkan tema ‘Etnik Kreatif Kontemporari’ itu berjaya menarik penyertaan seramai 10 peserta dari pelbagai daerah termasuk Sarikei, Bintulu, Sibu, Kanowit, Pakan, Sri Aman dan Meradong.

Pemilihan gaya yang berteraskan etnik kreatif kontemporari dilihat seiring dengan tema utama Festival Sarikei 2025, iaitu ‘Unite in Culture, Rich in Heritage’, yang menekankan elemen perpaduan melalui kepelbagaian budaya.

Pertandingan ini terbuka kepada wanita berumur antara 18 hingga 30 tahun dan menampilkan pelbagai busana berasaskan warisan etnik pelbagai kaum di Sarawak.

Festival Sarikei 2025 terus memainkan peranan penting sebagai platform dalam memperkasakan seni budaya, mengetengahkan keindahan warisan etnik serta mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Lebih 1,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana, menjadikan pertandingan tersebut antara acara tumpuan sepanjang penganjuran festival tahun ini.

Turut hadir Residen Bahagian Sarikei Datu Michael Ronnie Langgong, Timbalan Residen Badjuri Bidin dan wakil Pegawai Daerah Sarikei Ainur Yazmin Zaini. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Kalaka Central bakal berwajah baharu
Next: Wilfred Yap attends PropNex Home Run 2.0 as guest of honour, RM23,000 raised for Salvation Army

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.