Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Emas, senjata, wang ditemui dalam pesawat misteri
  • GLOBAL

Emas, senjata, wang ditemui dalam pesawat misteri

Utusan Sarawak 2 years ago
Pihak berkuasa di negara selatan Afrika itu merampas 127kg ’emas yang mencurigakan’, sejumlah senjata api, 126 butir peluru dan wang hampir AS$5.7 juta (RM26.5 juta) ketika pesawat itu mendarat di Lusaka, dua minggu lalu. Foto Gambar Hiasan

USAKA: Lima rakyat Mesir dan enam warga Zambia dihadapkan di mahkamah semalam selepas sebuah pesawat misteri mendarat di Lusaka dengan muatan mencurigakan.

Pihak berkuasa menemui 130 kilogram (kg) emas, wang berjumlah hampir AS$6 juta (RM27.9 juta) selain senjata dalam pesawat berkenaan.

Pihak berkuasa dadah dan penguatkuasaan undang-undang berkata, 11 suspek termasuk seorang pegawai kanan polis Zambia, ditangkap dan didakwa melakukan ‘pengintipan’ di ibu negara.

Wartawan AFP melaporkan, suspek tiba di Mahkamah Majistret lewat petang semalam.

Pihak berkuasa di negara selatan Afrika itu merampas 127kg ’emas yang mencurigakan’, sejumlah senjata api, 126 butir peluru dan wang hampir AS$5.7 juta (RM26.5 juta) ketika pesawat itu mendarat di Lusaka, dua minggu lalu.

Suruhanjaya Penguatkuasaan Dadah berkata, pesawat yang disewa itu mengangkut ‘barangan berbahaya’.

Hakim Davies Chimbwili berkata, mereka didakwa kerana bertindak untuk tujuan yang memudaratkan keselamatan dan kepentingan Republik Zambia.

Kesemua yang terbabit kemudiannya ditahan.

Kertas pendakwaan mahkamah yang dilihat oleh AFP menyenaraikan seorang bekas tentera Mesir dan ahli perniagaan serta seorang pegawai polis Zambia antara suspek berkenaan.

Bagaimanapun, butiran mengenai kejadian berkenaan masih lagi samar tetapi ia sudah merebak di Mesir.

Seorang wartawan bebas Mesir di Kaherah yang memetik laporan menuduh pegawai terbabit dalam penyeludupan wang tunai, senjata dan emas, ditahan tetapi kemudiannya dibebaskan.

Media kerajaan Mesir bagaimanapun melaporkan pesawat itu adalah milik persendirian dan ia hanya transit di Kaherah.

Sekiranya bersalah, suspek boleh berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun di bawah undang-undang Zambia. – AFP

Continue Reading

Previous: Hakim tetapkan Mac 2024 tarikh bicara Trump
Next: India tekad teroka matahari selepas mendarat di bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.