Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Emas didagangkan dalam jajaran kecil tetapi mengukuh minggu depan
  • BISNES

Emas didagangkan dalam jajaran kecil tetapi mengukuh minggu depan

Utusan Sarawak 17 hours ago

KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin didagangkan dalam jajaran kecil tetapi cenderung untuk naik pada minggu depan, ini berpotensi mencecah paras AS$3,350 setiap auns troy menjelang pelepasan minit mesyuarat bank pusat serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS).

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata prestasi logam berharga itu juga akan disokong oleh kelemahan dalam dolar AS di tengah-tengah kebimbangan mengenai kedudukan fiskal negara itu.

“Emas mengakhiri minggu ini dalam jajaran kecil antara AS$3,300 setiap auns troy hingga AS$3,350 setiap auns troy, bergantung kepada kebimbangan mengenai fiskal AS serta kelemahan berterusan dalam mata wangnya.

“Walaupun permintaan untuk aset selamat masih mantap, aliran keluar daripada dana yang diperdagangkan oleh pertukaran emas (ETF) yang berpangkalan di AS terus menghadkan pengukuhan, didorong oleh spekulasi bahawa naratif tarif telah memuncak dan keadaan mungkin akan menjurus kepada jeda taktikal, yang mana, bakal menyaksikan perang perdagangan bermungkinan mereda.

“Disebalik seretan itu, ketahanan logam tersebut terus mencerminkan kekuatan. Kekurangan permintaan untuk Perbendaharaan AS mula memberi kesan, menekan dolar AS dan secara tidak langsung memacu modal kembali kepada emas,” katanya kepada Bernama.

Tanpa sebarang sokongan dalam jangka pendek bagi lelongan perbendaharaan atau kredibiliti fiskal, latar belakang makro masih memihak kepada logam berharga itu.

Melihat ke hadapan, beliau berkata dengan kejutan geopolitik atau dasar yang tidak diduga, emas mungkin kekal dalam jajaran dagangan semasa.

“Ujian pada paras AS$3,350 setiap auns troy mungkin lebih ketara terutamanya jika data AS atau pembekalan perbendaharaan terus memberi impak,” katanya lagi.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak Mei 2025 meningkat kepada AS$3,336.50 setiap auns troy daripada AS $3,218.10 setiap auns troy dan Jun 2025 naik kepada AS$3,349.70 setiap auns daripada AS$3,232.0.

Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 semuanya mengukuh kepada AS$3,363.40 setiap auns troy daripada AS$3,245.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 1,854 lot berbanding 1,150 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 82 kontrak daripada 49 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 22 Mei, emas fizikal berada pada AS$3,284 setiap auns troy.– Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka teruskan momentum mengukuh minggu depan
Next: Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan mendatar minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.