KUCHING: Emart Tabuan Jaya akan melancarkan pembukaannya pada Jumaat ini (3 Julai 2020) dengan menawarkan promosi dan aktiviti menarik. Pasar raya tersebut memulakan operasi 8.00 pagi selepas upacara pemotongan reben.
Terletak di Tabuan Tranquility, berkeluasan 126,000 kaki persegi, merangkumi kawasan pasar raya seluas 83,000 kaki persegi, Emart Tabuan Jaya memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan Emart dengan menawarkan pelbagai jenis produk di bawah satu bumbung.
Rangkaian produk yang menarik ditawarkan kepada pelanggan termasuk buah-buahan, sayur segar tempatan dan import, barangan runcit dan pelbagai produk isi rumah. Waktu operasi kedai yang terdapat dalam Emart Tabuan Jaya bermula 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.
Emart Tabuan Jaya turut menyediakan kaunter ‘self-check-out’ bagi pelanggan ‘DIY’ proses pembayaran bagi mengelak beratur panjang.
Untuk memberikan pengalaman beli-belah yang lancar, terdapat sudut roti menawarkan hidangan yang baharu dipanggang seperti Sushi Express Bar menampilkan makanan Jepun, restoran gourmet ‘Chicky Chicky’, menyajikan makanan segera dan sudut pencuci mulut ‘creamy dreamy’ menawarkan makanan manis.
Dengan sokongan dan kolaborasi semua yang berkaitan, bermula 3 Julai 2020, 8.00 pagi dan seterusnya, Emart memberikan 100 set beg barangan percuma kepada 100 pembeli pertama yang berbelanja di Emart Tabuan Jaya.
Bagi pengguna Sarawak Pay, nikmati potongan harga yang lebih tinggi semasa membeli-belah di Emart Tabuan Jaya pada hujung minggu ini (3 hingga 5 Julai 2020).
Untuk berkongsi hari pelancaran, Emart Tabuan Jaya memberikan 100 set Emart Kon Aiskrim percuma setiap hari. Pelanggan boleh menebus aiskrim percuma dengan menunjukkan pas daftar masuk di Emart Malaysia (Tabuan Jaya) di halaman facebook mereka kepada kakitangan yang berkaitan.
Kempen ini berterusan selama 10 hari bermula 3 Julai 2020 hingga 12 Julai 2020, terhad kepada 100 pembeli pertama setiap hari.
Pelanggan dijemput untuk menjadi Duta Emart dan merebut peluang untuk memenangi baucar ‘Emart Cash’!. Sertai gambar kreatif di Emart Tabuan Jaya atau di ruang pameran foto Emart Tabuan Jaya kemudian masukkan foto kreatif anda ke Facebook Emart Malaysia untuk menyertai pertandingan foto.
Untuk melangkau barisan, sila daftar sebagai ahli Emart menerusi platform pendaftaran dalam talian, https://member.emart.my/register untuk menikmati faedah sebagai ahli Emart. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web rasmi Emart, www.emart.my atau laman facebook rasmi Emart Malaysia www.facebook.com/EmartMY.