UPACARA MEMOTONG REBEN… Pengurus Wilayah Emart Liew Yiew Teck, Pengurus Besar Barangan Emart Steven Low, Penyelia Cawangan Emart Summer Mall Meringgai, Ketua Emart Wilayah Selatan Sarawak Phang Kang Wai & Pengarah Urusan Kumpulan Emart Ngu Ting Sii bersama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Hamzah mewakili Premier Sarawak dan Pengurus Kanan Hartanah Emart Simon Lee, Pemangku Residen Bahagian Samarahan, Hasanal Abdul, Pegawai Daerah Samarahan Annuar Sa’an, Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang.
KUCHING: Pasaraya Emart di Summer Mall akan mengadakan jualan istimewa bermula 25 April sehingga 2 Jun bersempena dengan pembukaan rasminya.
Jualan istimewa selama lebih sebulan itu menawarkan pelbagai tawaran istimewa dan aktiviti menarik telah diadakan termasuk Peraduan Cabutan Bertuah Grand Opening dimana ahli Emart hanya perlu membelanjakan RM 60 dalam satu resit untuk mendapatkan borang penyertaan dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM 10,000.
Menanti tibanya Syawal, Jualan Promosi Sehari juga diadakan pada 30 April 2022 (Sabtu) dan 1 Mei 2022 (Ahad) untuk memberikan tawaran terbaik kepada semua pembeli.
Untuk memudahkan pengunjung Emart, beberapa cawangan akan melanjutkan waktu operasi pada tarikh berkenaan.
Antara cawangan yang akan melanjutkan waktu operasi adalah Emart Summer Mall (9.00 pagi hingga 11.00 malam), Emart Matang (8.00 pagi hingga 11.00 malam) dan Emart Sejingkat (8.00 pagi hingga 10.30 malam).
Pasaraya Emart kekal beroperasi setiap hari seperti biasa pada musim perayaan ini bagi memberikan kemudahan kepada semua pelanggan untuk mendapatkan dan membeli barangan yang diperlukan semasa sambutan Aidilfitri nanti.
Pembeli juga boleh mengunjungi pelbagai jenis barangan di pasar raya Emart sempena Aidilfitri kerana Pasaraya Emart akan beroperasi setiap hari seperti biasa semasa musim perayaan ini, untuk memberi kemudahan kepada semua pembeli Emart.
Pasaraya Emart di Summer Mall dibuka secara rasmi pada 25 April 2022 oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Hamzah mewakili Premier Sarawak yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, Pegawai Daerah Samarahan Annuar Sa’an, Pemangki Residen Bahagian Samarahan, Hasanal Abdul.
Turut hadir sama adalah Pengarah Urusan Kumpulan Emart Ngu Ting Sii, Ketua Emart Wilayah Selatan Sarawak Phang Kang Wai, Pengurus Besar Barangan Emart Steven Low, Pengurus Wilayah Emart Liew Yiew Teck, Pengurus Kanan Hartanah Emart Simon Lee dan Penyelia Cawangan Emart Summer Mall Meringgai.
Untuk keterangan lanjut, orang ramai digalakkan untuk melayari laman Facebook rasmi Emart Malaysia di pautan https://www.facebook.com/EmartMY/ .
Dengan ini, Emart mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung setia dan juga muslimin dan muslimat yang akan menyambut perayaan ini.