Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Elon Musk umum tubuh parti baharu
  • GLOBAL

Elon Musk umum tubuh parti baharu

Utusan Sarawak 15 hours ago
ELON Musk. Foto AFP

WASHINGTON: Elon Musk, bekas penasihat rapat Presiden Donald Trump, pada Sabtu menyatakan beliau menubuhkan parti politik baharu di Amerika Syarikat (AS) untuk mencabar sistem satu parti di negara itu.

Musk, individu terkaya di dunia dan penyumbang dana politik terbesar Trump dalam pilihan raya tahun lalu bertikam lidah dengan Trump selepas mengetuai usaha Republikan untuk mengurangkan perbelanjaan dan memotong jumlah kakitangan kerajaan ketika mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan.

“Apabila berkaitan muflis negara dengan pembaziran dan rasuah, kita hidup dalam sistem satu parti, bukan demokrasi,” kata pemilik Space X dan Tesla itu menerusi ciapan di X.

“Hari ini, Parti Amerika ditubuhkan untuk memberikan kembali kebebasan kamu,” tulisnya.

Musk memetik tinjauan pendapat yang disiarkan di X pada Jumaat iaitu Hari Kemerdekaan AS di mana beliau bertanya sama ada responden mahukan kemerdekaan daripada sistem dua parti (ada yang mengatakan uniparti) yang menguasai politik AS selama kira-kira dua abad.

Tinjauan ya-atau-tidak itu memperoleh lebih daripada 1.2 juta jawapan.

“Dengan faktor 2 berbanding 1, kamu mahukan parti politik baharu dan anda akan memilikinya!” tulis Musk dalam hantaran di X pada Sabtu.

Pertelingkahan Trump-Musk tercetus semula secara dramatik lewat bulan lalu. Musk menyatakan tentangan hebat terhadap rang undang-undang ‘One Big Beautiful Bill’ .

Musk kemudian berikrar untuk menubuhkan parti politik baharu untuk mencabar penggubal undang-undang yang berkempen untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan hanya untuk mengundi rang undang-undang itu, yang menurut pakar akan menambah AS$3.4 trilion (RM14.4 trilion) dalam tempoh sedekad kepada defisit AS.

Selepas rang undang-undang perbelanjaan utama itu diluluskan Kongres, Trump mengancam untuk mengusir dan memotong dana kerajaan disalurkan kepada Musk. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Paus lantik pesuruhjaya baharu tangani isu perlindungan kanak-kanak
Next: Indonesia berikrar teruskan pencarian 29 mangsa feri karam di Bali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.