
Tentera berkawal di luar bangunan Parlimen di Jakarta, pada 1 September 2025. Foto fail AFP
JAKARTA: Timbalan Yang Dipertua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Sufmi Dasco Ahmad mengumumkan bahawa elaun perumahan bagi setiap ahli DPR sebanyak 50 juta rupiah (kira-kira RM13,000) dibatalkan berkuat kuasa mulai 31 Ogos 2025.
Keputusan itu dibuat susulan protes rakyat yang meluas serta kejadian huru-hara di beberapa kawasan yang turut mengakibatkan kehilangan nyawa.
“Kami berkoordinasi dengan semua pimpinan DPR baru-baru ini dan menyampaikan langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan.
“Pertama, penilaian menyeluruh terhadap semua elaun ahli DPR, khususnya elaun perumahan, dihentikan berkuat kuasa 31 Ogos 2025,” kata Dasco ketika menerima kehadiran mahasiswa di Kompleks Parlimen, Senayan, Jakarta pada Rabu.