Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Elak perpecahan, terus kukuhkan perpaduan di Sarawak
  • TEMPATAN

Elak perpecahan, terus kukuhkan perpaduan di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
DATO Sim Kiang Chiok bersama penganjur dan penduduk setempat merakamkan kenangan selepas Festival Hantu Lapar anjuran Persatuan Penganut Tokong Gong De Kuching, semalam.

KUCHING: Rakyat Sarawak diingatkan agar terus memelihara perpaduan dan mengelakkan perpecahan demi memastikan keharmonian negeri ini kekal terjamin untuk generasi akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Hamzah Brahim diwakili Penasihat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Dato Sim Kiang Chiok berkata kefahaman mengenai kepelbagaian agama dan sikap saling hormat-menghormati merupakan asas penting dalam mengekalkan keamanan dan kemakmuran negeri ini.

“Keunikan Sarawak ialah kita mempunyai Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang diwujudkan untuk mengiktiraf serta menyokong komuniti bukan Islam seperti Kristian Buddha Tao Hindu dan Sikh,” katanya ketika berucap pada Festival Hantu Lapar anjuran Persatuan Penganut Tokong Gong De Kuching di sini malam tadi.

Jelasnya, dasar kesederhanaan dan keterangkuman kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah pimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tambahnya meskipun politik di Semenanjung sering memperlihatkan perpecahan Sarawak memilih haluan sendiri dengan menolak ekstremisme serta politik sempit demi pembangunan yang berteraskan keharmonian.

Kira-kira 1,000 orang hadir memeriahkan festival berkenaan yang turut menyaksikan penyampaian sumbangan berupa beras barangan dapur dan minyak masak kepada keluarga kurang berkemampuan.

Beliau turut mengumumkan sumbangan berjumlah RM5,000 bagi menyokong penganjuran festival berkenaan.

“Sebagai seorang Muslim, saya mungkin tidak menyertai ritual ini, namun saya penuh rasa hormat kerana nilai yang dibawa oleh festival ini adalah sejagat, iaitu menghormati ibu bapa, mengenang jasa leluhur, serta mengukuhkan ikatan masyarakat,” katanya.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lebih 2,000 pengunjung meriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2025
Next: Wong Soon Koh tepis fitnah ‘Tangan Ghaib Fuzhou’ dalam isu gas Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.