Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Elak perpecahan, kekalkan keharmonian kaum di Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Elak perpecahan, kekalkan keharmonian kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
SUASANA HARMONI…(sepuluh kiri) Elsi Marlina, Hasbi bergambar bersama parti PRS dan PDP pada kunjungan rumah terbuka di Limbang. 

LIMBANG: Masyarakat di Sarawak perlu mengelakkan daripada menimbulkan sebarang isu yang boleh membawa kepada perpecahan dan sengketa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, sambutan Aidilfitri yang diraikan setiap tahun melambangkan keharmonian kaum tanpa mengira perbezaan parti politik, bangsa dan agama.

“Ini menunjukkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak. Sejak dahulu lagi kita meraikan perayaan dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

“Jangan timbulkan isu yang tidak relevan serta tidak mendatangkan manfaat. Kita perlu terus bekerjasama, saling menghormati dan bertoleransi,” katanya pada Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Kampung Bunga Raya, hari ini.

Selain itu, beliau berharap suasana meriah Aidilfitri tidak dicemari dengan kejadian tidak diingini seperti bermain mercun dan bunga api secara berbahaya.

Hasbi turut menyeru pengguna jalan raya agar lebih berhemah sepanjang cuti perayaan serta tidak menggadaikan keselamatan diri dan keluarga di jalan raya.

Turut hadir ialah isterinya, Datin Elsi Marlina Abdullah.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Lawas berhari raya bersama keluarga dan kenalan di Trusan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.