KUCHING: Orang ramai diingatkan untuk keluar mengundi bagi mengelakkan keadaan cuaca yang tidak baik pada sebelah petang.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman@Hussaini (gambar) berkata ini kerana ribut petir dan hujan dijangka berlaku pada waktu petang.
“Sekiranya mereka dapat mengundu pada waktu pagi, tengah hari kemungkinan proses pengundian akan berjalan dengan baik dan lancar.
“Saya berharap semua petugas dan pegawai yang memantau keadaan banjir di seluruh Sarawak juga dapat menjalankan tugas dengan selamat dan teratur,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Khirudin memberitahu keadaan banjir di pedalaman Hulu Baram terutama di Kampung Long Bemang, Marudi dan Limbang adalah dalam keadaan terkawal setakat 1.42 petang hari ini.
“Trend air di Limbang menunjukkan peningkatan sedikit namun setakat ini ia masih terkawal manakala proses pembuangan undi juga berjalan dengan lancar,” katanya.
Oleh RYNNA SHA’ERRA