Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Elak melepak bendung penularan wabak
  • TEMPATAN

Elak melepak bendung penularan wabak

Utusan Sarawak 4 years ago
RESIDEN Kota Samarahan, Ibrahim Lumpu menyampaikan cenderamata kepada Ketua Polis Daerah Kota Samarahan,ASP Austin Patrick Angkon semasa majlis Penangguhan program Kepolisian Komuniti Peringkat daerah di Kota Samarahan semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO.

KOTA SAMARAHAN: Penduduk di Kota Samarahan dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti melepak di rumah jiran.

Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu berkata, ia bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 antara penduduk.

“Banyak yang telah kita belajar daripada kluster pengebumian dan perkahwinan.

“Saya harap penduduk di sini akur dengan setiap arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kepolisan Komuniti Peringkat Daerah Samarahan 2021 Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan di sini, semalam.

Tambahnya, penduduk juga perlu mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.

“Norma baharu perlu kita budayakan dan terapkan dalam diri agar jumlah kes positif Covid-19 dapat dikurangkan,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai majlis semalam, seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung dan Kawasan Rukun Tetangga di Taman Perumahan yang melibatkan dua kawasan DUN iaitu DUN Muara Tuang dan DUN Stakan.

Program Kepolisan Komuniti ialah strategi membina satu ikatan perhubungan baik antara organisasi kerajaan mahupun swasta dan masyarakat.

Ia juga merupakan satu cara perkongsian maklumat dan teknik penyelesaian masalah yang bersistematik dengan objektif utamanya adalah secara proaktif membuat tindakan segera atas isu-isu yang berkaitan dengan jenayah, penyakit berjangkit, wabak, dadah dan ketenteraman awam.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Hari Ozon Sedunia disambut baik
Next: MA63 LANDASAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.