
BINTULU: Orang ramai diingatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti mandi-manda, berenang atau memancing di kawasan tasik bersebelahan sempadan Hospital Bintulu berikutan risiko keselamatan yang tinggi.
Menurut Hospital Bintulu, kawasan berkenaan bukan kawasan rekreasi yang selamat, selain berpotensi mendatangkan bahaya kepada pengunjung.
Antara risiko yang dikenal pasti termasuk kedalaman air yang tidak menentu, kewujudan ranting tajam kemungkinan kehadiran haiwan buas atau berbisa serta struktur tanah yang tidak stabil dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

“Perkara yang paling membimbangkan, tasik tersebut mengandungi air sisa buangan daripada longkang dan parit yang mengalir terus ke kawasan berkenaan,” katanya.
Orang ramai digesa supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta tidak menjadikan keseronokan sementara sebagai penyesalan seumur hidup.
Oleh Carolyne Utih