Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Eksport minyak sawit kekal tinggi, Kenya muncul pembeli utama baharu
  • BISNES

Eksport minyak sawit kekal tinggi, Kenya muncul pembeli utama baharu

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit Malaysia kekal tinggi pada Jun 2025 meningkat kepada 1.26 juta tan mengatasi paras 1.21 juta tan pada Jun 2024, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Bagi bulan yang sama pada 2022 dan 2023, eksport minyak sawit masing-masing berjumlah 1.19 juta tan dan 1.17 juta tan, kata MPOC dalam satu kenyataan hari ini.

“Pada separuh pertama 2025, Kenya muncul sebagai pembeli kedua terbesar minyak sawit Malaysia, mengatasi negara-negara Kesatuan Eropah (EU) sebanyak 21,000 tan dan China sebanyak 117,000 tan.

“Kenya menyumbang 30 peratus daripada jumlah eksport minyak sawit Malaysia ke rantau sub sahara (bahagian selatan) Afrika, dengan unjuran import tahun penuh dari Malaysia mencecah 1 juta tan,” katanya.

Kenya kekal sebagai pasaran pertumbuhan utama, didorong oleh peningkatan penggunaan domestik, dengan lebih 90 peratus daripada import minyak sawitnya digunakan untuk penggunaan makanan.

Sementara itu MPOC berkata inventori minyak sawit meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan iaitu sebanyak 2.03 juta tan pada Jun 2025.

Pada masa depan, harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal kukuh, didagangkan antara RM4,100 dan RM4,300 setan pada bulan akan datang, disokong oleh permintaan sempena perayaan dari India dan kenaikan harga minyak kacang soya Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun, sebarang kenaikan harga minyak sayuran mungkin dihadkan oleh bekalan biji minyak global yang besar, terutamanya kacang soya, kerana pada masa ini tidak berlaku kekurangan biji minyak dalam pasaran,” katanya.

Sementara itu, MPOC berkata harga minyak sayuran global pulih semula daripada penurunan awal tahun ini diterajui harga minyak kacang soya yang melonjak 19 peratus sejak Januari, mengatasi kenaikan harga minyak biji sesawi (6.6 peratus) dan minyak sawit (3.7 peratus), manakala minyak bunga matahari meningkat sederhana sebanyak 1.7 peratus.

“Minyak kacang soya kekal sebagai minyak sayuran berprestasi terbaik setakat ini bagi tahun ini, disokong oleh dasar biofuel AS yang diumumkan pada pertengahan Jun, yang dijangka merangsang permintaan terhadap bahan mentah keluaran dalam negara.

“Harga minyak kacang soya yang kukuh telah meningkatkan daya saing harga minyak sawit,” katanya.

Hasilnya, MPOC berkata eksport minyak sawit Malaysia ke India pulih dengan ketara sejak April, mengecilkan penurunan terkumpul yang dicatatkan pada suku pertama 2025.

“Import bulanan minyak sawit Malaysia dari India kekal konsisten melebihi 250,000 tan pada Mei dan Jun. Momentum positif ini dijangka berlanjutan ke suku ketiga, disokong oleh penyimpanan semula stok menjelang perayaan Diwali pada pertengahan Oktober dan harga yang lebih baik,” katanya. 

MPOC berkata India diunjur mengimport kira-kira 2.9 juta tan minyak sawit pada suku ketiga bagi menampung permintaan musim perayaan yang seterusnya akan menyokong harga komoditi itu. 

-Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Pasaran getah ditutup tinggi
Next: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.