Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak
  • BISNES

Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak

Utusan Sarawak 6 hours ago
EKSPORT halal Malaysia ke Algeria melonjak sebanyak 24 peratus kepada RM156.3 juta pada 2024 dengan penghantaran termasuk makanan dan minuman, kosmetik, bahan disahkan halal dan derivatif minyak sawit.

KUALA LUMPUR: Eksport halal Malaysia ke Algeria melonjak sebanyak 24 peratus kepada RM156.3 juta pada 2024 dengan penghantaran termasuk makanan dan minuman, kosmetik, bahan disahkan halal dan derivatif minyak sawit.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika berucap di Forum Kepimpinan Ekonomi Halal (HELF) 2025 di Algiers, Algeria berkata Malaysia terus menyokong inisiatif yang memudahkan perdagangan, membangunkan industri halal dan mengembangkan akses pasaran untuk syarikat pemegang sijil halal.

Teks ucapan beliau dibaca oleh duta Malaysia ke Algeria, Rizany Irwan Muhamad Mazlan.

“Ini termasuk mempertingkatkan kerjasama dengan Algeria dan negara anggota OIC untuk memanfaatkan potensi penuh ekonomi halal dan mencipta masa depan yang lebih inklusif, saksama dan sejahtera untuk semua,” kata Tengku Zafrul.

HELF 2025 dianjurkan bersama oleh Halal Development Corporation Bhd (HDC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Bank Pembangunan Islam (IsDB) menerusi pusat kecemerlangannya di Kuala Lumpur (IsDB KLCoE) dan Unit Dana Pelaburan Awam (PIF) Syarikat Pembangunan Produk Halal (HPDC).

HDC dalam satu kenyataan berkata, forum tahun ini mengikuti kejayaan pertama HELF sebelum ini yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi semasa Jubli Emas IsDB pada 2024, meletakkan asas bagi integrasi ekonomi halal yang lebih mendalam di seluruh negara anggota OIC.

“Forum itu menumpukan pada memajukan agenda halal global dengan mengukuhkan perdagangan, inovasi dan perkongsian rentas sempadan dalam OIC dan lain-lain.

“Ekonomi halal global kini bernilai lebih AS$3 trilion. Forum itu menyerlahkan keunggulan Afrika yang semakin meningkat sebagai hab pengguna dan pengeluar dengan anggaran lebih 540 juta penduduk beragama Islam, hampir 40 peratus penduduk di seluruh dunia,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah
Next: EXIM Bank sokong pengembangan Mac World ke pasaran GCC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.