Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Eksport dijangka bertambah baik
  • BISNES

Eksport dijangka bertambah baik

Utusan Sarawak 5 years ago
MIDF melaporkan untuk mengekalkan unjuran pertumbuhan eksport pada -8.3 peratus tahun ke tahun bagi tahun ini (2019: -1.7 peratus tahun ke tahun).

KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia dijangka bertambah baik pada separuh kedua 2020 susulan pembukaan semula ekonomi global yang akan meningkatkan permintaan dan membawa kepada aliran perdagangan yang lebih baik, kata MIDF Research.

“Lantunan semula ekonomi China menyokong unjuran kami kerana negara itu merupakan rakan dagang terbesar kita, justeru pemulihan ekonomi mereka bermakna permintaan terhadap produk kita akan terus meningkat,” kata firma penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ia berkata, terdapat pelbagai risiko kepada unjuran itu, termasuk gelombang baharu kes jangkitan Covid-19 dan peningkatan perlindungan perdagangan yang akan menghalang kebanyakan usaha negara-negara untuk memulakan semula ekonomi masing-masing.

“(Oleh itu) kami mengekalkan unjuran pertumbuhan eksport pada  -8.3 peratus tahun ke tahun bagi tahun ini (2019: -1.7 peratus tahun ke tahun),” kata MIDF Research dalam laporan Kajian Ekonomi bagi perdagangan luarnya bertajuk ‘Continuous Momentum in Exports Performance May Quiver as Headwinds Loom’ semalam.

Terdahulu semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia mengumumkan eksport negara menunjukkan petanda pemulihan daripada krisis Covid-19, merekodkan pertumbuhan positif 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM82.9 bilion bulan lepas manakala lebihan perdagangan berjumlah RM20.9 bilion, yang terbesar sejak Oktober 2019.

Bagaimanapun, import turun sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun kepada RM61.98 bilion.

MIDF berkata, eksport sektor pembuatan meningkat 13.7 peratus tahun ke tahun pada Jun 2020 apabila eksport produk elektrik dan elektronik yang menguasai bahagian besar daripada jumlah eksport kembali mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 15.9 peratus tahun ke tahun selepas penguncupan 10 bulan.

Selain itu, subsektor pembuatan utama lain seperti mesin dan peralatan optikal dan saintifik melantun semula merekodkan prestasi positif.

“Sama dengan pembuatan, sektor pertanian melonjak 30 peratus tahun ke tahun dipacu oleh minyak sawit dan produk minyak sawit yang meningkat 45.4 peratus,” kata firma penyelidikan itu.

Eksport minyak sawit dijangka terus bertambah baik pada bulan-bulan akan datang disebabkan faktor musiman dan juga disokong oleh perjanjian minyak sawit India-Malaysia.- Bernama

Continue Reading

Previous: Peminjam dihubungi untuk penjadualan semula pinjaman
Next: 601,000 peminjam, 13,000 PKS, tidak ambil kemudahan moratorium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.