Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ekspo Tatu Antarabangsa kembali ke Kuching September ini
  • TEMPATAN

Ekspo Tatu Antarabangsa kembali ke Kuching September ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
POSTER Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching 2025

KUCHING: Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching 2025 akan kembali menemui peminat seni tubuh dari dalam dan luar negara pada 5 hingga 7 September ini di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di sini.

Acara tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II (Industri Kreatif dan Seni Persembahan), Datuk Snowdan Lawan, pada 6 September.

Penganjuran kali ini mengetengahkan pelbagai bentuk seni tatu dengan penyertaan 49 gerai artis tatu berasaskan mesin serta 10 gerai yang menampilkan teknik tradisional tanpa penggunaan mesin. Kepelbagaian ini bukan sahaja meraikan kemajuan seni tatu moden, malah mengekalkan penghormatan terhadap warisan bersejarah.

Lebih menarik, ekspo ini turut disertai oleh pencacah tatu dari pelbagai negara seperti Vietnam, Indonesia, India, Hawaii, Rusia dan Semenanjung Malaysia, menjadikannya platform antarabangsa untuk pertukaran budaya dan kemahiran seni.

Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai acara menarik disediakan termasuk pertandingan tatu dalam 12 kategori dengan hadiah istimewa menanti para pemenang.

Selain itu, tapak jualan juga disediakan dengan lima gerai kraftangan tempatan serta vendor makanan dan minuman bagi memberi pengalaman lebih menyeluruh kepada pengunjung.

Orang ramai dialu-alukan hadir untuk merasai sendiri keunikan dunia tatu dan budaya di Ekspo Tatu Antarabangsa Kuching 2025.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nicholas Jenta Anchu di talian 013-279 4922 atau Boi Skolang di 016-869 0403.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: Illegal loan shark advertisements a persistent problem in Kuching
Next: Pengembangan pelabuhan Samalaju pacu pertumbuhan perdaganan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.