Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ekspo SHEDA 14-16 Julai bantu bakal pembeli rumah
  • BISNES

Ekspo SHEDA 14-16 Julai bantu bakal pembeli rumah

Utusan Sarawak 2 years ago
Taklimat Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Julai depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) akan berlangsung dari 14 hingga 16 Julai depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). 

Pengerusi Penganjur SHEDA, Steve Tan Chen Hang berkata, tumpuan khusus diberikan bagi membantu pemilik rumah dalam bantuan kewangan dan proses pinjaman. 

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut hadir di Ekspo ini bertujuan agar pemegang akaun boleh mendapatkam nasihat mengenai pengeluaran segera

“Pelawat juga boleh mendapatkan penarafan skor kredit mereka daripada CTOS Sdn Bhd dan membandingkan kadar pinjaman daripada Borneo Housing Mortgage Finance Berhad dan Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd, serta institusi kewangan lain termasuk AmBank (M) Bhd, Alliance Bank Malaysia Berhad dan CIMB Bank Berhad,” katanya dalam taklimat Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching hari ini. 

Ekspo SHEDA diadakan untuk menyediakan perkhidmatan penuh dalam memadankan bakal pembeli dengan pemaju hartanah. 

“Di bawah program i-Miliki, pemilik rumah kali pertama boleh menikmati penjimatan sekitar RM65,000.00 untuk rumah yang biasanya berharga RM550,000. 

“Simpanan itu bukan sahaja daripada pengecualian atau remisi duti setem, tetapi juga diskaun yang disediakan di bawah i-Miliki. 

“Malah potensi penjimatan pembelian rumah boleh dinikmati dari Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) ini,”ujarnya. 

Tan juga mengingatkan peserta pameran supaya bersedia menjawab pertanyaan mengenai Program Pemilikan Rumah Kerajaan (i-Miliki).

Taklimat Pempamer diketuai oleh Pengarah IDA Exhibition Services (M) Sdn Bhd, Eddie Tan yang menekankan kepentingan mengutamakan keselamatan dan pematuhan peraturan dan peraturan semasa proses pembinaan gerai.

Taklimat tersebut turut dihadiri oleh wakil BCCK iaitu Pengurus Keselamatan Mas Rabaie Mohamad dan Pengurus Penyelenggaraan Bangunan) Adrian Ibrahim. 

Penaja Ekspo SHEDA ialah Ibraco Berhad, Lee Onn Development Sdn. Bhd. dan Chen Ling Development Sdn. Bhd, disokong oleh Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sarawak (MPHLG), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Sarawak Metro Sdn. Bhd. dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS).

Bagi yang berminat menyertai Ekspo Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) hubungi Michelle (016-8972723)/Florence (016-5789541) atau e-mail secretariat@sheda.org.my.

Oleh Azreen Keria

Continue Reading

Previous: MAB tamatkan kontrak Brahim’s Holdings Bhd
Next: SKS Airways lantik Dzuleira Abu Bakar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.