Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ekspo Pendidikan Sarawak di 45 daerah 8 Julai ini
  • TEMPATAN

Ekspo Pendidikan Sarawak di 45 daerah 8 Julai ini

Utusan Sarawak 2 years ago
SERAH… Upacara penyerahan geran kepada Pejabat Daerah bagi menganjurkan Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak 2023. 

KUCHING: Yayasan Sarawak akan menganjurkan Ekspo Pendidikan Sarawak secara serentak di 45 daerah dalam Sarawak 8 Julai ini.

Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli berkata, ekspo bertujuan menyebarkan maklumat berkaitan peluang pendidikan terkini sedia ada di institusi pengajian tinggi milik Sarawak khasnya untuk pelajar tempatan.

Katanya, Swinburne, Curtin, UTS, i-CATS, CENTEXS dan Kolej Laila Taib (KLT) adalah lima institusi yang ditubuhkan dan dimulakan oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa sidang media dan penyerahan geran Ekspo Pendidikan Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Jelasnya, pelajar yang mempunyai kepujian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Bahasa Melayu akan diberikan tajaan, pinjaman pendidikan dan bantuan pendaftaran RM1,000 bagi mereka layak.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2023 berteraskan kelestarian alam sekitar
Next: Khalid Assari dilantik Konsul Kehormat Malaysia di Casablanca

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.