Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ekspo Pendidikan PPD Sarikei platform rancang masa depan pelajar
  • PENDIDIKAN

Ekspo Pendidikan PPD Sarikei platform rancang masa depan pelajar

Utusan Sarawak 2 days ago
SELAMAT DATANG…..Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh tiba di Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat PPD Sarikei. Foto: Earl Anek

SARIKEI: Ekspo Pendidikan Sarawak Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei berlangsung meriah di pentas Dewan Sentral Sarikei dengan persembahan tarian etnik oleh kumpulan GEMA Permata, hari ini. 

Kumpulan tersebut dianggotai 18 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sarikei dengan bimbingan dua guru. 

UNIK DAN MENARIK….Persembahan tarian etnik oleh kumpulan GEMA Permata. Foto: Earl Anek

Persembahan tarian etnik diadakan bagi menyambut ketibaan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh.

Ekspo pendidikan ini menjadi platform penting bagi pelajar untuk mengenal pasti minat dan haluan masa depan mereka. 

SHARON Yong Chien Han. Foto: Earl Anek

Pelajar SMK Tinggi Sarikei, Sharon Yong Chien Han, 16, ketika ditemu bual Utusan Sarawak menyatakan hasratnya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.

“Saya paling suka bidang pendidikan dan kursus dalam pendidikan. Saya berharap agar boleh melanjutkan pelajaran dalam pendidikan,” katanya. 

Sementara itu, antara pengisian menarik adalah ceramah motivasi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungai Paoh, Wong Ling Hoe. 

Beliau menjelaskan konsep kerjaya kendiri sebagai proses aktif merancang, mengurus dan membangunkan laluan kerjaya sendiri. 

Ling Hoe turut mengingatkan pelajar tentang kepentingan membuat pilihan mata pelajaran yang tepat kerana ia memberi kesan langsung terhadap pemilihan kursus di universiti dan seterusnya kerjaya.

Ekspo pendidikan tersebut turut menampilkan pelbagai pameran pendidikan yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang laluan pendidikan tinggi serta kerjaya. 

PAMERAN….Pameran pendidikan sempena ekspo pendidikan Sarawak bertempat di Dewan Sentral Sarikei. Foto: Earl Anek

Usaha ini sekali gus menekankan peranan sekolah dan PPD Sarikei dalam membimbing pelajar agar lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Ekspo Pendidikan platform pendedahan masa depan anak Sarawak
Next: Ahmad Zahid cadang serap petugas kontrak KEMAS ke jawatan tetap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.