Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ekslusif: Penduduk Sibu terus sengsara, terpaksa keluar wang sendiri beli air
  • SEMASA

Ekslusif: Penduduk Sibu terus sengsara, terpaksa keluar wang sendiri beli air

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIONG Hua Sang terpaksa memikul baldi berisi air menaiki tangga di kediamannya berikutan gangguan bekalan air yang berlarutan di kawasan perumahannya.

SIBU: Penduduk di beberapa kawasan di bandar ini terus berdepan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih apabila gangguan yang berlarutan memaksa mereka mengeluarkan ratusan ringgit bagi mendapatkan bekalan air.

Seorang penduduk, Tiong Hua Sang berkata, situasi tersebut amat membebankan kerana ada yang terpaksa membeli air bersih atau memikul baldi air menaiki tangga ke unit kediaman masing-masing setiap hari.

Menurutnya, keadaan itu bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi realiti harian bagi ramai penduduk di Sibu akibat masalah bekalan air yang berlarutan.

PENGADU menunjukkan paip yang tidak mengalirkan air di rumahnya akibat masalah bekalan air, sekali gus menjejaskan rutin harian penduduk.

“Bayangkan hidup di sebuah bandar utama pada abad ke-21 tetapi masih terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli air atau memikul baldi air menaiki tangga selepas pulang bekerja

“Ada keluarga yang terpaksa mengupah lori tangki air swasta dengan kos antara RM300 hingga RM400 semata-mata untuk kegunaan harian,” katanya kepada Utusan Sarawak.

Menurutnya, tekanan air yang terlalu rendah dan bekalan yang hanya mengalir dalam tempoh singkat pada waktu malam menyebabkan sebahagian penduduk tidak sempat menyimpan air, terutama mereka yang pulang lewat dari tempat kerja.

“Antara kawasan yang kerap terjejas termasuk Rantau Panjang, Salim, Wawasan dan Eco Garden, selain beberapa kawasan lain di sekitar bandar ini,” ujarnya.

Tiong turut berkata, keadaan itu memberi tekanan kepada keluarga khususnya ibu bapa yang sukar menguruskan keperluan harian seperti penyediaan susu anak dan kerja mencuci.

Selain itu, katanya, golongan rentan seperti warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) juga turut terjejas apabila kemudahan asas seperti bilik air tidak dapat digunakan.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang berlarutan di Sibu.

“Kami hanya mahu bekalan air kembali stabil agar kehidupan harian kami dapat berjalan seperti biasa.

“Bekalan air adalah keperluan asas dan kami berharap masalah ini dapat ditangani dengan segera,” tegasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Bekalan yang pelbagai lindungi Malaysia daripada gangguan minyak serta-merta
Next: Keputusan tarikh Hari Raya tunggu cerapan hilal 19 Mac ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.