Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ekslusif: Lemang Ismadi terlajak laris menjelang Aidilfitri
  • TEMPATAN

Ekslusif: Lemang Ismadi terlajak laris menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 years ago
Ismadi Ibrahim dengan lemangnya yang terlajak laris bukan sahaja pada sambutan Aidilfitri bahkan semua musim perayaan.

KUCHING: Ternyata hidangan lemang dan ketupat bukan sahaja sinonim dengan sambutan Aidilfitri, malah hidangan wajib ini sudah begitu sinonim dengan setiap sambutan perayaan di Sarawak.

Tanpa hidangan itu, sambutan Aidilfitri dianggap tidak lengkap bagi segelintir masyarakat Melayu di Sarawak bahkan di Malaysia.

Peniaga lemang, Ismadi Ibrahim yang ditemu bual oleh pemberita Utusan Sarawak berkata, pada tahun ini gerainya menjual secara purata 140 ke 160 batang lemang setiap hari sejak ia mula beroperasi sekitar 11.00 pagi.

Pada Aidilfitri tahun ini, Ismadi menyediakan sebanyak 2,000 batang lemang untuk dijual sehingga hari ketujuh sambutan Aidilfitri. 

“Tempahan lemang sangat memberangsangkan. Lebih-lebih lagi esok Raya, jadi ramai yang singgah untuk membeli lemang yang saya jual. 

MEMILIH… Pembeli yang datang ke gerai milik Ismadi Ibrahim bebas memilih sendiri lemang yang ingin dibeli. 

“Saya menjual lemang sejak 10 tahun lalu sehingga kini tempahan mendapat sambutan yang sangat baik. 

Ismadi bukan sahaja membuka tempahan pada setiap Aidilfitri malah juga pada setiap musim perayaan sama ada Hari Gawai, Tahun Baharu Cina, Krismas dan semua musim perayaan.

MENYELERAKAN… Kualiti lemang yang sedia untuk dijual jelas terserlah merupakan antara sebab gerai lemang milik Ismadi Ibrahim menjadi pilihan utama masyarakat sekitar Kuching. 

Menurut salah seorang pekerja gerai lemang tersebut, Damaine Huka, tradisi ini menunjukkan perpaduan yang amat baik di Sarawak.

“Hidangan Lemang ini bukan sekadar hidangan malah menjadi satu lambang perpaduan di negeri ini.

“Kita boleh lihat bahawa pada Sambutan Krismas, Hari Gawai malah Tahun Baharu Cina juga menghidangkan lemang ini,”katanya.

“Lemang ini merupakan makanan turun-temurun masyarakat Melayu. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia khususnya, perlu terus memperjuangkan makanan tradisi ini,” katanya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT & MOHD NEENATUL AIZAL 

Continue Reading

Previous: Elak 3L, bendung kemalangan musim perayaan
Next: Sarawak terus perkasa sistem pendidikan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.