Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Eksklusif: Patricia Jaquilina sasar emas SUKMA Selangor 2026
  • SUKAN

Eksklusif: Patricia Jaquilina sasar emas SUKMA Selangor 2026

Utusan Sarawak 4 hours ago
TAHNIAH… Patricia Jaquilina Bruce meraih pingat emas pada SUKSAR edisi kali ini. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Petinju wanita Sarawak, Patricia Jaquilina Bruce bertekad untuk memburu pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor yang dijadual berlangsung pada Ogos tahun ini.

Berusia 19 tahun, Patricia menyifatkan sasaran tersebut sebagai realistik berdasarkan tahap latihan intensif serta prestasi semasa yang ditampilkan sepanjang kejohanan disertainya kebelakangan ini.

Menurutnya, kegagalan meraih pingat emas pada SUKMA edisi lalu menjadi pembakar semangat untuk tampil lebih mantap dan berdisiplin pada SUKMA Selangor nanti.

PETINJU wanita Sarawak, Patricia Jaquilina Bruce tekad buru pingat emas pada temasya SUKMA XXII Selangor tahun ini. Foto Adi Safarman

“Sasaran saya pada SUKMA di Selangor kali ini adalah pingat emas dan saya mahu menebus kembali kekecewaan selepas tewas di peringkat akhir pada SUKMA di Sarawak yang lalu,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, semalam.

Patricia sebelum ini terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada SUKMA lalu, namun pengalaman tersebut banyak mengajar beliau dari segi taktikal, ketahanan mental serta pengurusan tekanan di pentas besar.

Dalam pada itu, pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) yang sedang berlangsung, Patricia yang mewakili Zon Selatan berjaya meraih pingat emas selepas menewaskan lawannya, Felhzcha Emelda Eiin Linda dari Zon Barat di pentas final.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Patricia mengakui berasa agak letih pada pusingan pertama namun berjaya mengawal emosi dan kembali bangkit dengan strategi lebih tersusun.

Beliau seterusnya menamatkan pertarungan dalam dua pusingan dengan persembahan agresif dan kemas, sekali gus membuktikan peningkatan ketara dalam prestasinya.

Patricia yang baru tiga tahun menceburi sukan tinju berkata sokongan jurulatih, keluarga serta rakan sepasukan menjadi faktor penting dalam perkembangan kariernya setakat ini.

Beliau turut berharap kejayaan di SUKSAR dapat menjadi penanda aras terbaik sebelum menggalas cabaran lebih besar bersama kontinjen Sarawak pada SUKMA Selangor nanti.

Hasil persiapan rapi dan tekad yang tinggi, Patricia optimis mampu menghadiahkan pingat emas buat Sarawak sekali gus mengharumkan nama negeri di pentas sukan nasional.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Impian ke SUKMA sejak usia 14 tahun, Mohd Zulkarnain mahu buktikan anak Sri Aman boleh terbang tinggi
Next: 22 petinju terbaik disenarai ke pemilihan akhir skuad tinju Sarawak ke SUKMA 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.