
KOTA SAMARAHAN: Pihak pengurusan stesen Petronas di Samarahan sedang giat menjalankan usaha pemulihan susulan insiden pencampuran minyak petrol dengan kira-kira 2,000 liter minyak diesel yang dipercayai berpunca daripada masalah teknikal pada sistem tangki simpanan stesen berkenaan.
Tinjauan Utusan Sarawak di lokasi mendapati kerja-kerja pembaikan serta pembersihan sistem tangki dan pam minyak sedang dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna sebelum operasi disambung sepenuhnya.
Dalam usaha mengurangkan kesan kepada pengguna terjejas, pelajar GIATMARA turut turun padang membantu dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sistem minyak kenderaan, khususnya motosikal, bagi mengelakkan kerosakan enjin yang lebih serius.

Bagaimanapun, staf stesen Petronas Samarahan memaklumkan bahawa sebarang kenyataan rasmi dan sahih berkaitan insiden tersebut hanya akan dikeluarkan selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan atasan Petronas.
Usaha pemulihan sedang dilaksanakan sementara pihak berkaitan mengambil langkah lanjut bagi menangani sepenuhnya isu berkenaan.
Oleh Masrin Affirah