Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Eksklusif: Tragedi lemas, JBPM dan polis ingatkan ibu bapa awasi kanak-kanak
  • KEMALANGAN

Eksklusif: Tragedi lemas, JBPM dan polis ingatkan ibu bapa awasi kanak-kanak

Utusan Sarawak 3 hours ago
LEMAS… Tiga kanak-kanak lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran flat Sibu Jaya, semalam. Foto BBP Sibu Jaya

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menasihatkan orang awam, khususnya ibu bapa dan penjaga, supaya meningkatkan tahap pemantauan terhadap kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian lemas.

Ketua JBPM Zon Sibu, Andy Alie berkata, pemantauan ketat merupakan tanggungjawab utama ibu bapa dan penjaga, dan kanak-kanak hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan orang dewasa, terutama ketika berada berhampiran sungai, parit, kolam dan longkang.

KETUA JBPM Zon Sibu, Andy Alie.

Menurutnya, ibu bapa tidak seharusnya membiarkan kanak-kanak bermain berhampiran kawasan berair tanpa pengawasan kerana risiko lemas boleh berlaku dalam tempoh singkat dan tanpa disedari.

“JBPM turut mengesyorkan agar kawasan berair di sekitar rumah dipagar, ditutup atau sentiasa dipantau bagi mengelakkan kanak-kanak daripada mendekatinya tanpa kebenaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan mendidik kanak-kanak mengenai bahaya air melalui pendedahan awal tentang risiko bermain di kawasan berair serta memastikan mereka mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.

Andy menegaskan, langkah pencegahan awal serta kesedaran berterusan dalam kalangan ibu bapa dan penjaga amat penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pemeriksaan awal ke atas tiga mayat kanak-kanak yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian lemas di sebuah kolam berhampiran Flat Sibu Jaya, petang semalam, mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada badan mangsa dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan.

“Kes diklasifikasikan sebagai siasatan mati mengejut (SDR) serta disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan serta diminta menghormati privasi keluarga mangsa,” ujarnya.

Beliau turut menggesa mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Dalam kejadian yang berlaku petang semalam, tiga kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, Macx Welwait Merdeka, 9, dan Daniella Arissa Tayas Maringgai, 10.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.03 petang.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemalangan di Jalan Repok, mangsa patah lengan kiri dan cedera paha kiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.