Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Tradisi ‘Raya Sebulan’ di Sarawak terus disemarakkan Kumpulan Zikir AlTawakkal
  • TEMPATAN

Eksklusif: Tradisi ‘Raya Sebulan’ di Sarawak terus disemarakkan Kumpulan Zikir AlTawakkal

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan Kumpulan Zikir AlTawakkal pada Majlis ramah tamah Aidilfitri di Kampung Baru, Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Tradisi ‘Raya Sebulan’ yang sinonim dalam masyarakat Sarawak terus disemarakkan menerusi penganjuran majlis ramah tamah oleh Kumpulan Zikir AlTawakkal Kampung Baru bersama komuniti setempat, baru-baru ini.

Amalan yang menekankan kunjung-mengunjung sepanjang Syawal, perkongsian rezeki dan kebersamaan itu jelas terpancar dalam suasana majlis yang diadakan secara sederhana dan santai.

Persiapan majlis dilakukan secara gotong-royong oleh ahli kumpulan zikir, bermula daripada penyediaan juadah hingga penyusunan ruang untuk menerima tetamu.

KEMERIAHAN Majlis ramah tamah Aidilfitri Kumpulan Zikir AlTawakkal di Kampung Baru, Samarahan.

Keunikan majlis tersebut turut terserlah apabila tetamu yang hadir membawa hidangan secara ‘potluck’, termasuk kek lapis, biskut raya dan pelbagai juadah lain, sekali gus menambah pilihan makanan serta memeriahkan suasana.

Pendekatan itu mencerminkan budaya masyarakat Sarawak yang menjadikan perkongsian makanan sebagai sebahagian daripada cara meraikan Aidilfitri sepanjang tempoh sebulan.

KEMERIAHAN Majlis ramah tamah Aidilfitri Kumpulan Zikir AlTawakkal di Kampung Baru, Samarahan.

Walaupun diadakan secara kecil-kecilan, majlis berkenaan berjaya menghimpunkan penduduk sekitar dalam suasana mesra, dengan interaksi santai dan kunjung-mengunjung yang berterusan sepanjang berlangsungnya program.

Penganjuran seperti itu bukan sahaja menjadi tanda kesyukuran, malah memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti, selari dengan semangat ‘Raya Sebulan’ yang menekankan nilai kebersamaan dan keharmonian.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penglibatan Bumiputera berimpak tinggi jadi fokus baharu ekonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.