Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Eksklusif: Tinju medan bina jati diri, disiplin dan kekuatan mental – Mohamad Afiq
  • SUKAN

Eksklusif: Tinju medan bina jati diri, disiplin dan kekuatan mental – Mohamad Afiq

Utusan Sarawak 6 hours ago

KUCHING: Bagi Mohamad Afiq Medan, 21, dunia tinju bukan sekadar gelanggang fizikal, tetapi sebuah medan yang membentuk jati diri, disiplin, dan kekuatan mental.

Pemuda kelahiran Sarawak ini mula menceburi sukan tinju pada awal 2025, tertarik dengan keunikan sukan tersebut yang menuntut fokus tinggi serta latihan berterusan.

“Saya baru mula bertinju pada awal tahun ini.

“Walaupun masih baharu, saya rasa tinju banyak mengajar saya tentang disiplin dan keyakinan diri,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di The Underground Centre, di sini.

PASUKAN… Sebahagian ahli pasukan latihan tinju di The Underground Sport Centre, Kuching yang giat menjalani latihan fizikal dan teknik sebagai persediaan menyertai kejohanan tempatan.

Afiq menjadikan legenda tinju dunia, Mike Tyson, sebagai sumber inspirasi dan mengagumi gaya agresif serta kekuatan mental Tyson yang menjadi motivasi utama dalam setiap sesi latihannya.

“Bagi saya, cabaran paling besar adalah mengekalkan stamina dan kekuatan mental sepanjang latihan dan menjelang perlawanan.

“Tapi saya anggap itu semua sebagai proses untuk jadi lebih baik,” ujarnya.

Kini, Afiq menjalani latihan hampir setiap hari yang merangkumi sesi kardio, latihan kekuatan badan dan sesi sparring bersama peninju lain sebagai persediaan menghadapi kejohanan tempatan akan datang.

“Sebelum turun ke gelanggang, saya pastikan cukup rehat, menjaga pemakanan dan mengikut nasihat jurulatih.

“Persediaan bukan hanya dari segi fizikal, tapi juga mental,” katanya.

Afiq menyimpan impian untuk terus maju dalam arena tinju dan mengharumkan nama Sarawak.

Afiq juga berharap agar sukan tinju mendapat perhatian lebih meluas di negeri ini kerana melihat ramai anak muda yang mempunyai potensi besar.

“Saya mahu buktikan bahawa dengan usaha dan kesungguhan, kita mampu pergi jauh.

“Saya juga harap tinju akan lebih diberi perhatian di negeri ini,” tambahnya.

Meskipun masih baharu dalam dunia tinju, Afiq menitipkan pesanan kepada belia yang berminat untuk mencuba sukan ini agar tidak mudah berputus asa.

“Kalau betul minat, cuba dulu. Jangan takut gagal. Yang penting disiplin dan semangat,” katanya penuh semangat.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: DBKU Mayor’s Run 2025 julung kali dianjurkan 3 Ogos depan
Next: Sarjit tuntut Speedy Tigers tingkat kecergasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.