Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Eksklusif: “Tiada apa dapat diselamatkan kecuali nyawa” – mangsa kebakaran Rumah Panjang Austin
  • KEBAKARAN

Eksklusif: “Tiada apa dapat diselamatkan kecuali nyawa” – mangsa kebakaran Rumah Panjang Austin

Utusan Sarawak 3 days ago
MASING Bata…Salah seorang mangsa kebakaran di Rumah Austin Ekau, Nanga Sipan. 

SONG: Tiada apa dapat diselamatkan kecuali nyawa, itulah yang dilalui penghuni Rumah Austin Ekau di Nanga Sipan apabila kediaman 29 pintu mereka musnah dijilat api dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut salah seorang mangsa, Masing Bata, 63, detik cemas itu berlaku sekelip mata apabila api marak pantas sebelum sempat mereka menyelamatkan barangan berharga.

“Kebakaran berlaku sekitar 3.30 pagi. Saya terbangun dari tidur apabila terdengar bunyi bising lalu dan berlari ke hujung bilik. 

“Ketika itu saya lihat api sedang marak di sebelah rumah saya,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui Utusan Sarawak di lokasi kebakaran, hari ini. 

MUSNAH…..Kebakaran memusnahkan 100 peratus Rumah Austin Ekau, awal pagi tadi. 

Masing berkata, dirinya sempat mencapai alat pemadam api dan cuba memadam kebakaran, namun asap tebal dan api yang merebak dengan pantas menggagalkan usaha tersebut. 

“Saya cuba sedaya upaya, tetapi tidak berjaya memadamkan api kerana asap tebal dan kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa. 

“Saya berharap sesiapa sahaja dapat menghulurkan bantuan kepada kami yang sedang ditimpa malang ini,” luahnya dengan penuh hiba.

MUSNAH…..Kebakaran memusnahkan 100 peratus Rumah Austin Ekau, awal pagi tadi. 

Penduduk yang terkejut dengan api marak hanya sempat menyelamatkan diri bersama ahli keluarga, manakala rumah panjang yang menjadi tempat tinggal selama ini hanya tinggal sisa arang hitam.

Mangsa kebakaran kini ditempatkan sementara di dewan balai raya berdekatan untuk mendapatkan perlindungan. 

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran pada 4.21 pagi. 

“Kebakaran rumah panjang 29 pintu, jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Song membuat pemadaman dengan menggunakan satu pam angkut 200 kaki satu nozel dan pam jentera 200 kaki dua aliran salur bantu mula.

“Pasukan bomba pada waktu ini sedang membuat kerja-kerja memadam sisa kebakaran,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta musnah terbakar berhampiran Taman Negara Lambir Miri
Next: Rumah dua tingkat musnah 80 peratus dalam kebakaran di Kampung Jambu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.