Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Eksklusif: Teater muzikal ‘Rimba Rangers’ sentuh hati dengan jiwa dan pesona alam
  • HIBURAN

Eksklusif: Teater muzikal ‘Rimba Rangers’ sentuh hati dengan jiwa dan pesona alam

Utusan Sarawak 4 days ago
GABUNGAN nyanyian, tarian dan pencahayaan pentas yang memukau menjadikan Rimba Rangers satu pengalaman teater yang menghiburkan dan menyentuh kesedaran penonton. Foto Adele Rissa 

PETRA JAYA: Teater muzikal ‘Rimba Rangers’ yang dipentaskan sejak semalam hingga esok di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berjaya memukau penonton dengan persembahan penuh warna, emosi dan mesej mendalam tentang pemeliharaan alam sekitar.

Dianjurkan oleh Persatuan Sikreate dengan kerjasama Semarak Kreatif dan UNIMASTAGE, pementasan ini bukan sekadar hiburan pentas tetapi juga satu pendekatan kreatif untuk menarik minat kanak-kanak memahami kepentingan menjaga kehijauan rimba.

BRUNO si Orang Utan lakonan Anding Indrawani (kanan) mengetuai pasukan Rimba Rangers mempertahankan hutan daripada pembalak haram dalam teater muzikal penuh warna di Dewan Bandaraya Kuching Utara, hari ini. Foto Adele Rissa 

‘Rimba Rangers’ membawa penonton menyelami keindahan hutan hujan Sarawak yang mula tergugat oleh kerakusan manusia. 

Kisahnya bermula apabila kehidupan liar yang damai diganggu oleh sekumpulan pembalak haram yang diketuai oleh Darwin, watak antagonis lakonan Malek Hassan, seorang lelaki tamak yang sanggup merosakkan alam demi keuntungan.

KUMPULAN pembalak haram diketuai Darwin lakonan Malek Hassan (kiri) beraksi penuh intensiti dalam babak yang menonjolkan konflik antara manusia dan alam. Foto Adele Rissa

Bagi menghadapi ancaman itu, Bruno, seekor Orang Utan bijak yang dilakonkan Anding Indrawani, muncul sebagai ketua pasukan pelindung alam bernama ‘Rimba Rangers’. 

Bersama rakan-rakannya iaitu Amad si Beruang Matahari, Onana si Burung Kenyalang, Kobbie si Monyet Probosis dan Antony si Tenggiling, mereka berjuang mempertahankan habitat hutan daripada dimusnahkan.

KUMPULAN pembalak haram diketuai Darwin lakonan Malek Hassan (kiri) beraksi penuh intensiti dalam babak yang menonjolkan konflik antara manusia dan alam. Foto Adele Rissa

Dibantu oleh pari-pari hutan, kumpulan sahabat ini diberikan kuasa adiwira untuk menentang kerakusan manusia. 

Namun keadaan menjadi semakin genting apabila Darwin mendapatkan bantuan seorang pawang gelap bernama Saka, yang menggunakan ilmu hitam untuk melemahkan pasukan pelindung alam itu.

Walaupun berdepan cabaran dan kehilangan rakan, ‘Rimba Rangers’ akhirnya bangkit semula dengan semangat setiakawan serta keberanian luar biasa sebelum menewaskan Darwin dan mengembalikan keamanan rimba.

GABUNGAN nyanyian, tarian dan pencahayaan pentas yang memukau menjadikan Rimba Rangers satu pengalaman teater yang menghiburkan dan menyentuh kesedaran penonton. Foto Adele Rissa 

Gabungan muzik, nyanyian dan koreografi bertenaga menjadikan pementasan ini bukan sahaja menghiburkan tetapi turut menyampaikan mesej pendidikan yang mudah difahami, terutama kepada penonton muda.

Setiap watak membawa nilai kemanusiaan yang tersendiri. Kebijaksanaan Bruno, kekuatan Amad, kepantasan Onana, kelincahan Kobbie dan ketenangan Antony menggambarkan semangat bersatu mempertahankan bumi daripada kemusnahan.

Hasil daripada kekuatan lakonan, visual yang memukau dan mesej yang disampaikan secara ringan serta berkesan, ‘Rimba Rangers’ menyerlah sebagai karya yang bukan hanya menghibur malah mendidik masyarakat tentang tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar.

Oleh Adele Rissa dan Amanda L

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Enam dekad dalam dunia seni, Othman Hafsham masih menyimpan kekesalan
Next: Sean Paul ‘panaskan’ malam hujung minggu di Idea Live Arena, hiburkan 6,000 peminat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.