Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: SKAS disalur sebelum Raya legakan rakyat buat persiapan Aidilfitri
  • TEMPATAN

Eksklusif: SKAS disalur sebelum Raya legakan rakyat buat persiapan Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 hours ago
EYMAH Hamzah, 27.

SIBU: Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang mula disalurkan hari ini memberi kelegaan kepada rakyat negeri ini, khususnya dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang sambutan Aidilfitri.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati kebanyakan penerima melahirkan rasa syukur terhadap inisiatif kerajaan Sarawak itu kerana bantuan berkenaan mampu meringankan beban perbelanjaan harian, terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat.

Eymah Hamzah, 27, berkata bantuan tersebut amat bermakna kerana ia dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan bagi persiapan Aidilfitri.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana kerajaan Sarawak menyalurkan bantuan SKAS sebelum hari raya.

“Bantuan ini boleh digunakan untuk membuat persediaan awal membeli barang keperluan raya seperti barang basah dan perkakas untuk sambutan Aidilfitri,” katanya.

Beliau turut berharap proses penyaluran bantuan tersebut pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan telus agar manfaatnya dapat dinikmati oleh lebih ramai rakyat.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas bantuan ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” tambahnya.

 INTAN Zeti Camalia, 27.

Sementara itu, Intan Zeti Camalia, 27, menyifatkan bantuan SKAS sebagai satu inisiatif kerajaan negeri yang amat membantu rakyat dalam mengurus perbelanjaan harian.

Menurutnya, bantuan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan rumah selain membuat persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.

“Saya menggunakan bantuan ini untuk membeli barang keperluan rumah dan juga barangan bagi persiapan hari raya yang akan datang,” katanya.

Beliau turut berharap program SKAS pada masa hadapan dapat diperluaskan supaya lebih ramai rakyat Sarawak, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman, turut mendapat manfaat daripada bantuan tersebut.

Bagi Abdullah Fahimi Abu Bakar, 25, bantuan SKAS memberi sedikit kelegaan dalam menghadapi peningkatan perbelanjaan menjelang Aidilfitri.

ABDULLAH Fahimi Abu Bakar, 25.

“Saya berasa sangat bersyukur kerana bantuan ini dapat meringankan beban perbelanjaan menjelang Hari Raya tahun ini.

“Saya akan menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan keperluan dapur, makanan serta sedikit persiapan seperti hiasan rumah bagi jamuan raya nanti,” ujarnya.

Beliau turut berharap program SKAS dapat diteruskan pada masa hadapan kerana ia mampu membantu rakyat, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

“Terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas inisiatif bantuan ini yang sangat bermakna kepada saya dan rakan-rakan. Semoga program seperti ini diteruskan bagi membantu lebih ramai rakyat,” katanya.

Bantuan SKAS disalurkan kepada penerima yang layak bermula hari ini menerusi platform pembayaran digital SPay Global.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Penduduk dinasihat berjaga-jaga akibat hujan berterusan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.