Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: ‘SFC sudah ambil sampel muntah paus, mudah-mudahan ini rezeki kami anak beranak. Amin’ – Pak Cik Semawi
  • Tengah
  • WILAYAH

Eksklusif: ‘SFC sudah ambil sampel muntah paus, mudah-mudahan ini rezeki kami anak beranak. Amin’ – Pak Cik Semawi

Utusan Sarawak 2 hours ago
SEMOGA ADA REZEKI… Semawi Mantali menunjukkan objek yang didakwa sebagai muntah paus yang ditemuinya di perairan Kuala Belawai. Foto Semawi Mantali

BELAWAI: Pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sudah mengambil sedikit sampel objek yang dipercayai ambergris atau muntah paus untuk tujuan kajian di makmal.

Ini disahkan oleh nelayan yang menemukan bahan itu, Semawi Mantali, 58, kepada Utusan Sarawak hari ini.

“Mereka (SFC) datang semalam, ambil sedikit sahaja sampel untuk tujuan makmal.

“Pihak SFC menasihatkan supaya saya tidak memegang objek ini dengan tangan gia ajak (guna sarong) kalau nak pegang…gunakan sampul surat, takut kualitinya tak berapa bagus nanti.

“Itu nasihat yang pihak SFC berikan kepada saya…tetapi mereka memberitahu saya, keputusannya nanti, (sampel) dihantar ke Kuching, lepas itu kalau sudah OK (keputusan analisis), apa-apa yang berlaku, mereka akan maklumkan kepada saya semula,” katanya ketika dihubungi.

LUBUK REZEKI... Kawasan Belawai merupakan lubuk rezeki untuk nelayan-nelayan tempatan.

Jika kajian makmal itu nanti benar-benar ambergris, maka ia amat bernilai tinggi di pasaran global.

Semawi berkata, sepanjang perjumpaan tersebut, pihak SFC turut mengambil gambar objek berkenaan dan gambar mereka duduk bersama.

Ketika ditanya mengenai kunjungan orang ramai selepas objek tersebut tular di media sosial, beliau berkata ramai yang berkunjung ke rumahnya melihat sendiri objek yang didakwa sebagai muntah paus.

“Ramai orang berkunjung ke sini, ada yang dari jauh…dari pulau (Bruit), kawasan Matu, dari Sibu pun ada nak melihat muntah paus ini,” katanya.

Tambahnya, ada juga hadir berkunjung memaklumkan kepadanya bahawa harga muntah paus mencecah beratus ribu ringgit.

“Boleh tahan harganya…setakat ini yang saya dengar cerita dari mereka…ada beratus ribu juga,” katanya lagi.

Semawi turut berdoa agar dia dan keluarganya murah rezeki selepas penemuan objek dijangka muntah paus ini.

“Aamiin..aamiin…mudah-mudahan dikurnia oleh Allah benar-benar bahan macam ini, dimakbulkanNYA sebenar semua ini…rezeki kami anak beranak….kalau ia benar (muntah paus),” katanya mengakhiri perbualan dengan Utusan Sarawak menerusi aplikasi WhatsApp.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Laporan polis dibuat terhadap penyebar fitnah
Next: Beberapa jalan di Bintangor ditutup sementara sempena Powerboat Race 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.