Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Ruang selamat di sebalik tugas pendidikan – boling satukan Staf PPD Betong
  • INSPIRASI

Eksklusif: Ruang selamat di sebalik tugas pendidikan – boling satukan Staf PPD Betong

Utusan Sarawak 6 hours ago
 PEGAWAI Pendidikan Daerah Betong, Mohamad Lela Alamsah, ketika ditemui Utusan Sarawak pada acara Pertandingan Boling Piala Pegawai Pendidikan Betong 2025, di Megalanes Emart Batu Kawa.

KUCHING: Boling dipilih sebagai acara sukan tahunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Betong kerana kesesuaiannya sebagai sukan berisiko rendah dan boleh disertai oleh semua peringkat usia staf.

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Betong, Mohamad Lela Alamsah, kebanyakan staf jarang berpeluang bersukan kerana komitmen kerja yang bermula seawal pagi dan berakhir lewat petang, sekali gus menjadikan sukan berintensiti tinggi tidak sesuai.

“Kalau sukan lain, risikonya lebih tinggi. Boling ini antara yang paling kurang risiko.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan semua staf dapat terlibat tanpa rasa bimbang terhadap kecederaan, selain memberi ruang untuk bergerak dan bersenam secara ringan.

RAKAMAN gambar kenangan ketika Pertandingan Boling Piala Pegawai Pendidikan Betong 2025, di Megalanes Emart Batu Kawa.

“Bukan semua orang ada masa atau tenaga untuk sukan lasak. Boling ini selamat, kita boleh bergerak sedikit, cukup untuk badan rasa hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak pada acara Pertandingan Boling Piala Pegawai Pendidikan Betong 2025, di Megalanes Emart Batu Kawa, hari ini.

Beliau turut mengakui bahawa aktiviti tersebut membuka peluang bagi staf untuk melakukan aktiviti fizikal selepas sekian lama terikat dengan rutin kerja yang padat.

“Terus terang, saya sendiri dah lama tak bersukan. Jogging pun jarang kerana keluar rumah 6.00 pagi, balik 6.00 petang.

“Penganjuran Piala PPD Betong 2025 membawa mesej jelas bahawa kebajikan dan keselamatan staf diambil kira dalam setiap perancangan aktiviti.

 KUMPULAN Awlewin, Johan Pertandingan Boling Piala Pegawai Pendidikan Betong 2025.

“Apabila staf dapat berkumpul dalam suasana selamat dan tidak membebankan fizikal, hubungan kerja menjadi lebih rapat dan pasukan kerja dapat diperkukuhkan secara semula jadi,” ujarnya.

Pertandingan Boling Piala PPD Betong 2025 menghimpunkan seramai 32 peserta dan merupakan acara tahunan yang dianjurkan khusus untuk kakitangan PPD Betong sebagai ruang selamat untuk berehat seketika sebelum kembali memikul tanggungjawab mengurus dan menyokong sekolah-sekolah di Daerah Betong.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Tiga chef Sarawak guna bahan Borneo sapu tiga tempat teratas pertandingan kulinari di India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.