Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Randau Akademi Dalam Industri buka perspektif baharu belia tentang dunia pekerjaan
  • WILAYAH

Eksklusif: Randau Akademi Dalam Industri buka perspektif baharu belia tentang dunia pekerjaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
MUHAMMAD Izzul Haq Samson, 33, antara peserta yang menghadiri program Randau Akademi Dalam Industri (ADI), hari ini.

KEINGINAN untuk meningkatkan kebolehpasaran diri mendorong seorang belia dari Belawai, Tanjung Manis hadir ke program Randau Akademi Dalam Industri (ADI) bagi memahami keperluan sebenar industri semasa.

Di sebalik kesibukan Dewan Suarah Sarikei yang menjadi tumpuan belia dan pencari kerja, Muhammad Izzul Haq Samson, 33, antara peserta yang melangkah ke program tersebut dengan satu matlamat jelas, iaitu mencari arah dan membuat persediaan awal menghadapi cabaran pasaran kerja yang semakin kompetitif.

Utusan Sarawak telah menemu bual beliau bagi menyelami isi hati dan suara sebagai salah seorang belia yang sedang mencari peluang pekerjaan.

Bagi Izzul, kehadirannya ke Randau ADI bukan sekadar menghadiri program, sebaliknya peluang penting untuk mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai kehendak industri masa kini.

“Saya hadir ke Randau ADI kerana ingin mendapatkan pendedahan secara langsung tentang keperluan sebenar industri masa kini dan saya mahu memahami kemahiran yang diperlukan supaya dapat membuat persediaan awal meningkatkan kebolehpasaran diri.

“Harapan saya adalah untuk memperoleh panduan dan mengenai peluang kerjaya serta kemahiran teknikal dan insaniah yang perlu saya kuasai,” katanya.

Tambahnya, antara pengisian yang paling menarik perhatiannya adalah perkongsian daripada wakil industri yang menerangkan realiti sebenar dunia pekerjaan.

“Perkongsian daripada wakil industri sangat menarik perhatian saya kerana mereka menerangkan situasi sebenar dunia pekerjaan dan saya lebih yakin tentang masa depan kerjaya apabila mengetahui bahawa terdapat banyak peluang terutamanya bagi mereka yang sanggup belajar dan meningkatkan kemahiran.

“Penjelasan tentang laluan kerjaya dan industri juga membuka perspektif baharu kepada saya.

“Program seperti Randau ADI ini sangat membantu kerana ia memberi gambaran jelas tentang kehendak majikan, termasuk sikap professional, kemahiran komunikasi dan kemahiran teknikal. 

“Saya kena lebih memahami hala tuju kerjaya yang sesuai dengan minat dan kemampuan saya serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya,” katanya.

Izzul juga menggalakkan belia lain di Sarikei dan kawasan sekitar supaya tidak melepaskan peluang menyertai program seperti Randau Adi. 

“Program seperti ini memberi banyak manfaat dan pendedahan yang berguna untuk masa depan.

“Jangan takut untuk keluar dari zon selesa kerana peliang tidak datang selalu dan kejayaan bermula dengan langkah pertama,” katanya lagi.

Baginya, program tersebut adalah satu titik permulaan yang memberi keyakinan dan hala tuju baharu dalam perjalanan membina masa depan. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penyalaan Lampu Engkilili ceriakan sambutan Tahun Baharu Cina 2026
Next: ADUN Meradong agih kalendar dan limau mandarin sempena TBC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.