Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: PRS perlukan kepimpinan progresif, berwawasan untuk kekal relevan
  • Tengah
  • WILAYAH

Eksklusif: PRS perlukan kepimpinan progresif, berwawasan untuk kekal relevan

Utusan Sarawak 12 hours ago

KAUNSELOR Henry Kanyan Vincent Rawing (kiri) dan ADUN Tamin, Christopher Gira (kanan).

SIBU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) memerlukan kepimpinan yang progresif, berwawasan dan berani melakukan pembaharuan bagi memastikan parti kekal relevan dalam landskap politik yang semakin mencabar.

Ketua Pemuda PRS Bahagian Tamin, Kaunselor Henry Kanyan Vincent Rawing, menegaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang memiliki sepenuhnya ciri-ciri kepimpinan tersebut.

Menurutnya, kesediaan Gira bertanding jawatan Ketua Pemuda PRS harus dilihat dari sudut positif kerana beliau memiliki ciri kepimpinan yang amat diperlukan oleh parti.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, Gira yang juga Ahli Majlis Tertinggi PRS mencipta kejutan besar apabila menumbangkan veteran politik, Datuk Joseph Entulu Belaun, dengan majoriti 3,588 undi.

“Golongan pemuda merupakan teras penting dalam parti yang berperanan membentuk PRS menjadi lebih komited, relevan dan dekat dengan semua lapisan masyarakat,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Terdahulu dalam online portal Utusan Sarawak semalam, Gira menyambut baik cadangan Majlis Tertinggi PRS untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PRS pada mesyuarat Tiga Tahun Sekali (TDC) parti itu yang dijadual berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober ini.

Mengulas lanjut mengenai TDC itu, Kanyan yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) berkata, pemilihan kali ini mencerminkan kematangan para pemimpin, wakil rakyat dan calon yang bertanding merebut jawatan.

Katanya, setiap calon perlu menunjukkan sikap matang serta keterbukaan dalam menerima sebarang keputusan pertandingan.

“Jika kalah, terimalah dengan hati yang reda, jika menang, pastikan kemenangan itu disertai dengan keikhlasan untuk bekerjasama dengan rakyat dan penduduk,” kata beliau.

Untuk rekod, Gira memenangi PRN 2016 dengan majoriti 2,085 selepas mendapat 6,230 undi menentang calon bebas Dr Ali Puji yang memperoleh 4,145 undi dan calon PKR Simon Joseph Usau 954 undi.

Pada PRN12, beliau berdepan dengan bekas ahli parlimen Selangau Datuk Joseph Entulu Belaun dari

Parti Sarawak Bersatu (PSB), Muda Prinching dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan juga calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada pilihan raya tersebut (PRN12), Gira mencipta kejutan besar apabila berjaya menumbangkan veteran politik, Datuk Joseph Entulu Belaun, dengan majoriti 3,588 undi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Heritage Walk 2.0 tawar pengalaman unik teroka gua bersejarah Niah
Next: Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.