Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Eksklusif: Pris Bridal Boutique sentuhan magis Agnes Angie di dunia fesyen
  • INSPIRASI

Eksklusif: Pris Bridal Boutique sentuhan magis Agnes Angie di dunia fesyen

Utusan Sarawak 2 days ago
AGNES, 32 (kiri) bersama konsultan Pris Bridal Boutique, Ebiey, 28 (kanan).

KOTA SAMARAHAN: Bermula sebagai peserta ratu cantik yang pernah bergelut mencari gaun idaman, Agnes Angie Martin, 32, kini berdiri megah sebagai pereka dan pemilik Pris Bridal Boutique, sebuah nama yang semakin mendapat tempat dalam industri fesyen tempatan.

Perjalanan Agnes bermula beberapa tahun lalu ketika menyertai pertandingan ratu cantik. Ketika itu, mencari gaun yang menepati cita rasa bukan sahaja mencabar, malah memerlukan kos yang tinggi.

“Saya terpaksa menyewa gaun daripada butik pengantin dan harga sewanya agak mahal. 

PRIS Bridal Boutique terletak di Jalan Samarax, Samarahan.

“Masa itu saya fikir, saya pandai menjahit, jadi kenapa tidak buat sendiri?” katanya, mengimbas detik yang mengubah haluan hidupnya.

Sejak hari itu, setiap kali melangkah ke pentas ratu cantik, Agnes tampil dengan rekaan gaunnya sendiri.

Malah, pada majlis perkahwinannya pada 2019, beliau sekali lagi memilih untuk mereka sendiri gaun pengantin kerana tidak menemui rekaan yang benar-benar menepati cita rasa di sekitar Kuching.

GAUN yang direka oleh Pris Bridal Boutique memenangi kategori ‘Gaun Kontemporari Terbaik’  di Pesta Etnik Tematu 2025. Agnes (kiri) bersama Easemeralda (kanan).

Pris Bridal Boutique, dinamakan sempena nama ibunya, Priscilla — insan yang mengajarnya menjahit sejak kecil, kini menjadi destinasi pilihan para pengantin dan peserta ratu cantik yang mengidamkan rekaan eksklusif.

“Saya mahu membantu pengantin merealisasikan gaun impian mereka, tidak kira betapa unik atau sukarnya rekaan itu,” jelasnya.

GAUN yang direka oleh Agnes khusus untuk penampilannya sebagai juri pertandingan ratu cantik. Cengkerang pada gaun diperbuat daripada sudu bagi meniru reka bentuk dan bentuk cengkerang sebenar.

Antara pencapaian membanggakan ialah kemenangan rekaannya sebagai ‘Gaun Kontemporari Terbaik’ di Pesta Etnik Tematu 2025.

Gaun tersebut menampilkan gabungan warna hitam, kuning, merah, dan putih yang ikonik dalam busana tradisi Bidayuh, dihiasi dengan corak paku pakis di hujung skirt serta potongan korset berstruktur korser pendek yang memerlukan teknik jahitan halus dan kemas.

GAUN yang direka oleh Agnes khusus untuk penampilannya sebagai juri pertandingan ratu cantik. 

Namun, di sebalik kejayaan itu, jalan yang dilalui tidak mudah. Sumber kain berkualiti tinggi dan aksesori mewah sukar didapati di Kuching, memaksa Agnes mencari bahan dari Kuala Lumpur, Thailand dan Bandung. 

“Kalau kain kebaya biasa memang banyak di sini, tetapi untuk lace cantik seperti kita lihat di Pinterest, memang perlu cari di luar Sarawak,” tambahnya.

Kini dengan bantuan tiga pekerja, Agnes mengendalikan setiap tempahan secara teliti. Beliau terkenal dengan gaun pengantin bergaya Barat yang elegan serta rekaan sopan untuk majlis perkahwinan gereja. 

Pelanggan datang membawa pelbagai idea, namun setiap rekaan melalui proses perbincangan bagi memastikan hasil akhir bukan sahaja cantik, tetapi juga kemas dan berkelas.

Selain mengurus butik, Agnes turut menjadi juri pertandingan ratu cantik peringkat antarabangsa dan kini sedang menyiapkan beberapa gaun untuk peserta Miss Teen Malaysia 2026, termasuk lapan rekaan penuh bagi seorang peserta.

Bagi Agnes, setiap helaian kain yang dijahit bukan sekadar pakaian, tetapi karya seni yang membawa cerita tersendiri.

“Saya mahu Pris Bridal Boutique menjadi jenama utama dalam pembuatan gaun di Sarawak,” tegasnya penuh yakin.

Oleh Amanda L.

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Kisah inspirasi Dr. Serit Banyan, dari kampung ke pentas dunia akademik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.