Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Eksklusif: Pesta ikan Terubok warnai Pendam, harga serendah RM1 tarik pembeli serata tempat
  • TEMPATAN

Eksklusif: Pesta ikan Terubok warnai Pendam, harga serendah RM1 tarik pembeli serata tempat

Utusan Sarawak 3 weeks ago

ASAJAYA: Suasana lengang pasar ikan di Pendam bertukar meriah menjelang tengah hari apabila kawasan itu dipenuhi aroma hanyir ikan terubok segar yang baru dinaikkan dari sungai, semalam.

Menurut Zainal, 58, seorang peniaga di pasar berkenaan, musim air pasang yang sedang berlaku kini membawa limpahan rezeki apabila ikan terubok mula banyak naik ke sungai.

“Semua ikan ini masih segar, baru dinaikkan pagi tadi.

“Bukan ikan yang telah lama disimpan atau dibawa dari tempat lain.

“Sebab itu baunya pun masih kuat—hanyir asli ikan hidup,” katanya sambil menyusun ikan di meja jualan ketika ditemui Utusan Sarawak, semalam.

Tambahnya, harga ikan kali ini jauh lebih murah berbanding biasa, bergantung kepada saiz dan jumlah tangkapan.

“Harga runtuh kali ini, ada yang dijual serendah RM1 seekor, yang besar sikit RM2.

“Ikan mula naik selepas Hari Raya, apabila arus sungai berubah dan air pasang.

“Sebab itu orang datang ramai, bukan saja dari sini, tapi juga dari Kuching, Mukah dan kawasan lain,” katanya lagi.

Walaupun tiada hiasan atau khemah berwarna-warni, hanya bau ikan segar dan suara tawar-menawar kedengaran, suasana itu sudah cukup dianggap sebagai pesta oleh penduduk tempatan—pesta musim dan pesta rezeki.

Ikan terubok jarang kelihatan sepanjang tahun, tetapi apabila tiba musimnya, jumlahnya melimpah.

Pada hari biasa, harganya jauh lebih mahal dan tidak mungkin didapati serendah musim ini.

Bagi penduduk kampung, inilah masa yang dinanti-nantikan—waktu untuk menyimpan, menikmati, dan menjual hasil tangkapan berharga ini.

Kenderaan berhenti satu demi satu di sepanjang jalan kecil, bukan untuk bersiar-siar, tetapi untuk mendapatkan ikan terubok segar yang baru dinaikkan terus dari sungai.

Musim ini bukan sekadar tentang ikan. Ia adalah detik yang dinanti oleh nelayan, peniaga dan pembeli.

Walaupun singkat, musim ini cukup untuk mengisi dapur dan poket, sebelum ikan terubok kembali menyepi di dasar sungai dan laut.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jadual solat ini 3 Mei 2025
Next: KNFM terus meriah, promosi pemakanan sihat dan pertanian lestari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.