Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Eksklusif: Pesara guru kongsi kemeriahan TBC dan erti kekeluargaan di Muara Ahi
  • Selatan
  • WILAYAH

Eksklusif: Pesara guru kongsi kemeriahan TBC dan erti kekeluargaan di Muara Ahi

Utusan Sarawak 10 hours ago
JOHNNY Lim Kueh Fah, 65, berkongsi pengalaman menyambut Tahun Baharu Cina pada hari pertama sambutan di kampung halamannya di Muara Ahi, Mongkos, Serian. Foto Adele Rissa

SERIAN: Pada hari pertama Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Muara Ahi, Mongkos, pesara guru, Johnny Lim Kueh Fah, 65, tersenyum gembira melihat kedatangan saudara-mara dan rakan lama yang memeriahkan kampung halamannya.

Walaupun beliau tidak menetap sepenuh masa dan hanya pulang pada hujung minggu atau cuti sekolah, TBC tetap menjadi detik paling dinanti untuk kembali ke kampung.

“Setiap kali Tahun Baharu Cina, saya pastikan balik ke Muara Ahi. Di sinilah saudara-mara dan kawan-kawan lama berkumpul,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak, hari ini.

Menurut Johnny, persiapan menyambut TBC mengambil masa lebih seminggu. Rumah perlu dibersihkan, dihias, dan juadah disediakan agar suasana kampung terasa meriah menjelang perayaan.

Malam ambang pula dipenuhi dentuman mercun, bunga api, dan gelak tawa tetamu yang tiba dari pelbagai lokasi termasuk Kuching dan Kampung Kuap.

“Saya sangka tidak ramai yang dapat hadir, tetapi luar jangkaan. Sampai risau tiada tempat duduk kerana semua meja sudah penuh,” ujarnya sambil tersenyum.

 PERHIASAN rumah yang mewarnai sambutan TBC keluarga Johnny di Muara Ahi, Mongkos, Serian hari ini. Foto Adele Rissa 

Pada pagi hari pertama TBC, suasana semakin hidup apabila keluarga dan rakan berkumpul untuk sarapan bersama, berkongsi juadah, dan menzahirkan ucapan Tahun Baharu.

Johnny menzahirkan rasa syukur kerana sambutan tahun ini lebih lancar berbanding tahun lalu, apabila beberapa kawasan terjejas akibat banjir.

“Tahun ini tiada banjir, jadi lebih ramai dapat pulang dan suasana lebih meriah,” katanya.

Menariknya, hari kedua TBC kali ini bertepatan dengan hari pertama Ramadan. Bagi Johnny yang berasal daripada latar belakang perkahwinan campur, situasi tersebut mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak.

“Kami hormati rakan Muslim yang memulakan ibadah puasa. Itu kalendar mereka. Pada masa sama, kami juga menyambut Tahun Baharu Cina. Kita saling memahami dan menghormati,” katanya.

Walaupun keluarga campuran, beliau menegaskan tradisi masyarakat Cina tetap dikekalkan setiap kali TBC, dengan menitikberatkan nilai keagamaan sebagai panduan dalam kehidupan.

Mengulas mengenai Tahun Kuda Emas, Johnny berkata masyarakat Cina lazimnya mengharapkan kemakmuran dan rezeki yang baik.

“Kita berharap kehidupan lebih stabil, pendapatan baik dan apa sahaja yang kita usahakan membuahkan hasil,” katanya.

Sebagai pesara pendidik, beliau turut berharap generasi muda terus menghargai warisan budaya sambil mengekalkan semangat perpaduan.

“Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan, tetapi masa untuk kembali kepada keluarga dan mengeratkan hubungan,” tambahnya.

Johnny turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan perayaan tersebut.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Penambahan KMKK Cina di Limbang dikaji seiring keperluan semasa
Next: Buaya sepanjang lapan kaki berkeliaran, nelayan hilang di Sungai Buloh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.